KESESAKAN lalu lintas memang selalu sahaja terjadi walaupun bukan pada musim perayaan, cuti umum atau pada hujung minggu.

Kepada warga Lembah Klang, merentas trafik yang teruk pada waktu punca ibarat alah bisa tegal biasa.

Jika jatuh pada musim perayaan, bukan sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur, malah hampir di semua negeri memang tidak boleh lari dari ‘fenomena menakutkan’ itu.

Bukan itu sahaja, kawasan Rawat dan Rehat juga penuh dengan manusia. Sekali pandang, memang menakutkan apabila melihat lautan manusia.

Apabila semua itu terjadi, ia boleh membuatkan pemandu dan penumpang menjadi stres.

Pernyataan itu disokong oleh penulisan dalam Psychology Today dan The News Wheel yang disiarkan oleh CNN.

Bagi mengatasi permasalahan berkenaan, beberapa pendekatan dicadangkan untuk menangani situasi berkenaan. Antaranya:

1. Tarik dan hembuskan nafas secara dalam

– Menarik dan menghembuskan nafas sedalam-dalamnya adalah antara cara mengatasi stres ketika memandu di jalan raya yang sesak.
– Penumpang juga boleh melakukan teknik ini.
– Caranya, tarik nafas sedalam-dalamnya dalam kiraan tiga saat. Selepas itu, hembuskan dalam kiraan empat saat. Ia terbukti dapat menimbulkan kesan yang lebih relaks.

2. Pura-pura tersenyum
– Cuba anda cari sesuatu yang boleh membuatkan anda tersenyum. Sebagai contoh, anda boleh bergurau-senda dengan penumpang lain.
– Jika tidak, anda boleh terus berpura-pura tersenyum. Kajian mendapati senyuman boleh mengurangkan tekanan pada tubuh. Cubalah walaupun saranan ini macam pelik saja 😉

Iklan

3. Dengar lagu kegemaran
– Kajian menunjukkan lagu mempunyai daya tarik untuk menenangkan seseorang yang sedang menghadapi situasi kesesakan lalu lintas.
– Namun, ia tidak akan berlaku bagi muzik kuat yang terlalu agresif.
– Seorang penyelidik mendapati, tekanan darah akan meningkat semasa kesesakan lalu linta terutamanya apabila seseorang mendengar muzik yang kuat atau tidak mendengar lagu langsung.
– Justeru anda disarankan mendengar lagu yang tenang atau bergantung kepada lagu kegemaran anda.

4. Makan makanan ringan
– Makanan ringan boleh menjadi penyelesaian untuk mengurangkan tekanan ketika berada dalam kesesakan.
– Makanan boleh membantu melegakan tekanan. Ini pun boleh cuba.

5. Menghubungi kawan-kawan atau keluarga
– Terperangkap dalam kesesakan jalan raya merupakan waktu yang sesuai untuk menghubungi ahli keluarga, saudara atau rakan.
– Anda boleh mneghubungi keluarga di kampung halaman dan berkongsikan cerita terbaharu.
– Kehadiran orang lain melalui panggilan telefon boleh membantu mengalihkan fikiran daripada stres akibat kesesakan jalan raya.
– Pun begitu, walaupun panggilan telefon adalah salah satu cara menangani stres, anda perlu kekal fokus dalam pemanduan tau. Pakai earphone atau guna fungsi loud speaker!

Iklan

Pilihlah tip-tip yang disyorkan. Mana tahu ia boleh membantu kalian.

Bersabar ketika berada di atas jalan raya dan jadi pemandu yang berhemah.

Satu lagi, rancang perjalanan sebaik mungkin terutama yang melibatkan perjalanan jarak jauh.