SEPERTI yang kita sedia maklum, pembukaan sekolah telah diumumkan akan dibuka semula secara berperingkat mulai 3 Oktober depan.

Kementerian Pendidikan menegaskan sesi pembelajaran bersemuka yang dijadualkan itu akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi kenyataan berbentuk video di laman Facebook berkata, pihaknya memantau maklum balas orang ramai termasuk di media sosial dan mendapati seolah-olah timbul salah faham bahawa semua sekolah di seluruh negara akan dibuka pada tarikh tersebut.

Menurut Radzi, pembukaan sekolah secara berperingkat dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selamat.

Katanya, kehadiran pelajar juga akan mengguna pakai kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50 peratus di dalam kelas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Oleh itu, ini 10 fakta ringkas berkaitan pembukaan sekolah bulan hadapan;

1. Tidak ada sekolah akan dibuka melibatkan negeri yang berada di Fasa 1.

2. Bagi negeri Fasa 2 hanya murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan kembali ke sekolah bagi kategori sekolah rendah.

3. Bagi kategori sekolah menengah di negeri Fasa 2, hanya murid Tingkatan 6 semester dua yang akan hadir kerana mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada akhir Oktober.

Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!

4. Bagi negeri Fasa 3, selain SKPK dan PPKI, murid prasekolah akan dibenarkan hadir ke sekolah, manakala untuk sekolah menengah pula, ia melibatkan murid Tingkatan 5 dan calon STPM yang lain.

5. Bagi negeri Fasa 4 bermula dua minggu pertama dari 3 hingga 17 Oktober murid yang akan berada di sekolah sama seperti Fasa 3.

Iklan

6. Kemudian dari 17 hingga 31 Oktober, kita akan tambah untuk sekolah rendah, iaitu murid dari Tahun 1, 2 dan 3 yang bermula pada 17 Oktober di negeri Fasa 4.

7. Kemudian pada akhir Oktober, murid Tahun 4, 5 dan 6 akan masuk untuk sekolah rendah di negeri Fasa 4 manakala bagi sekolah menengah, kita akan masukkan pada dua minggu pertama bermula 3 hingga 17 Oktober yang akan masuk sama dengan pelajar Fasa 3.

8. Di negeri Fasa 4, selepas 17 Oktober, pelajar yang akan hadir ke sekolah dari Tingkatan 3 dan 4. Dua minggu selepas itu bermula 31 Oktober, pelajar Tingkatan 1 dan 2 pula akan hadir ke sekolah.

9. Murid yang hadir ke sekolah dibenarkan memakai pakaian biasa sekiranya pakaian seragam yang ada sudah tidak sesuai dipakai namun perlulah sesuai, kemas serta sopan.

10. Ketidakhadiran murid setelah ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah apabila dibuka nanti, tidak dianggap sebagai kesalahan disiplin namun perlu memaklumkan ketidakhadiran tersebut secara bertulis kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

Sementara itu, ini pula senarai negeri mengikut Fasa dalam PPN setakat ini;

Fasa 1

  • Kedah
  • Johor

Fasa 2

Iklan
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Sabah
  • Melaka
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Baca juga ‘Sekurang-kurangnya bagilah kes turun dulu’- Respon ibu bapa sekolah dibuka 3 Oktober

Fasa 3

  • Perlis
  • Negeri Sembilan
  • Sarawak

Fasa 4

  • Wilayah Persekutuan Labuan

Sumber: FB Dr Radzi, portal malaysia.gov.my