Cara mudah untuk hilangkan kerak hangus pada periuk dan kuali

A
A
A

BILA nak memasak, tengok periuk atau kuali hitam legam akibat kesan hangus, terus jadi kurang semangat. Nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.

Jangan risau, anda tak perlu buang! Di sini, Sinar Plus akan kongsikan petua mudah tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.

1.Garam dan limau

Perahkan beberapa biji limau nipis, ikut kesesuaian besar periuk atau kuali. Kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

2.Cuka makanan dan Serbuk penaik

Masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus. Kemudian didihkan. Selepas itu padam api dan campurkan dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus pada kuali tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat.

Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang tidak berapa nak tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

3.Tomato

Cara mudah untuk hilangkan kerak hangus pada periuk dan kuali

Jika anda ingin menggunakan tomato, pastikan anda cari tomato yang tidak terlalu masak, kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, anda lenyekkan saja beberapa biji tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.

4.Asam jawa

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan dalam kuali atau periuk yang anda ingin cuci. Tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih dia atas api buat seketika. Selepas didihkan, tunggu sehingga sejuk dan sental permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tertanggal.

5.Sabun mandi

Cara mudah untuk hilangkan kerak hangus pada periuk dan kuali

Potong sabun mandi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk atau kuali dengan sabun tersebut. Selepas itu, sental guna berus dawai.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca