SANTAN kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah disimpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang disimpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksalah buang, kan dah membazir.

Jadi, perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di laman Facebook beliau wajar kita contohi.

Boleh simpan lebih dari tiga hari! Mudah dan praktikal, cara ini bukan sahaja dapat menjadikan santan tersebut susah basi, malah kaedah ini juga dapat menjimatkan ruang peti sejuk.

Bahan diperlukan:

– Santan

– Plastik aiskrim

tip santan

Cara-caranya:

1) Masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut bajet sekali pakai bila masak. Santan ini pekat jadi packing sikit-sikit pun sudah cukup

2) Sekiranya anda sering beli santan berkotak besar, pastikan santan dimasukkan ke dalam plastik mengikut kuantiti sekali masak

3) Kemudian, ikat dan masukkan ke bahagian Chiller

4) Keluarkan santan tersebut ketika hendak digunakan. Jangan lupa labelkan tarikh luput pada plastik aiskrim ye!

Antara cara lain bagi memastikan santan tahan lama di dalam peti ais adalah dengan membungkus menggunakan kertas surat khabar.

Cara-caranya:

Iklan

1) Basahkan surat khabar

2) Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah

3) Bungkus kemas dan simpan dalam peti sejuk

4) Hasilnya santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santan

Iklan

Yang akan beku nanti surat khabar tersebut manakala santan tetap kekal segar dan tahan lama.

Walaupun santan tersebut beku tapi tetap segar selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah biasa, santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ini semuanya santan pekat.

Semoga bermanfaat!

Penulis: NURUL ADRIANA
Foto: FACEBOOK NELISA SOFEA & UNSPLASH