Cara urus kemalangan jalan raya mengikut undang-undang – Peguam

TERBABIT dalam kemalangan jalan raya boleh menyebabkan seseorang kebingungan seketika, kerana selain terkejut dengan kejadian, dia juga perlu memikirkan langkah seterusnya sambil kepala juga berserabut melihat kerosakan pada kenderaan.

Nasihat pakar perundangan adalah yang utama jangan panik, sebaliknya segera buat laporan polis.

Memetik laporan portal media tempatan, Peguam, Prakash Babu Balakrishnan berkata, mereka yang terlibat juga perlu berada di lokasi kejadian sekiranya belum mencapai kata sepakat dan menunggu kedatangan pegawai penyiasat yang akan menentukan tindakan seterusnya.

Iklan
Iklan

Prakash Babu juga menasihati mereka yang terlibat agar tetap membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan.

“Kegagalan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan merupakan satu kesalahan menurut Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) jika tidak ada alasan yang kukuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti pesalah dan mengeluarkan saman trafik kepada pihak yang berkenaan.

“Pengelasan dan hukuman juga akan diputuskan oleh pegawai penyiasat dan lazimnya dibuat menurut Akta 333, namun tidak terhad kepada akta itu sahaja,” katanya.

Cara uruskan kemalangan jalan raya dengan cara yang betul adalah seperti :

  • Perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan.
  • Berhati-hati dengan operator trak tunda bebas yang lazimnya menjadi pihak pertama tiba di lokasi kejadian, selain membuat pengesahan dengan syarikat insurans.
  • Bagi kes melibatkan kecederaan dan kematian, adalah dinasihatkan pihak yang berkenaan atau waris tidak menandatangani sebarang dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana ejen ketika di hospital atau lokasi kejadian tanpa merujuk kepada peguam terlebih dahulu, jika ada peguam.
  • Jika kemalangan membabitkan dua atau lebih kenderaan tanpa kecederaan, kes dikategorikan sebagai kerosakan harta akibat pelanggaran.

Tidak kira berapa banyak kenderaan yang terlibat, pihak yang berkenaan harus terlebih dahulu mengalihkan kenderaan ke sebelah kiri jalan demi keselamatan selain mengelakkan kesesakan, sekiranya kenderaan masih boleh dipandu.

Pemandu seterusnya keluar dari kenderaan dan memeriksa kerosakan serta merekodkan perincian kemalangan merangkumi keadaan kenderaan, nombor pendaftaran serta butiran pihak yang lagi satu.

Hal itu adalah bertujuan bagi memastikan mereka ada bukti mencukupi untuk tindakan seterusnya.

Semoga bermanfaat!

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

9 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

13 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

14 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

14 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

17 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

19 hours ago