Cincin Graduasi UiTM jadi trend terhangat, ramai tak sabar tunggu istiadat konvokesyen ke-97
MAJLIS graduasi bagi sesebuah universiti antara acara paling berprestij yang ditunggu-tunggu para penuntut.
Ia sebagai simbolik berakhirnya pengajian para pelajar yang berhempas pulas lebih tiga tahun untuk mendapatkan segulung ijazah.
Lazimnya, setiap tradisi konvokesyen yang diraikan, mesti terdapat cenderamata istimewa dibekalkan kepada para pelajar yang bergelar alumni.
Tak kira mana-mana institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, setiap pemberian tersebut jadi kenangan untuk disimpan ke anak cucu.
Baru-baru ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membawakan perkhabaran cukup mengujakan buat para mahasiswa dan siswi termasuklah alumni.
Melalui perkongsian akaun Twitter rasmi, alma mater milik 100 peratus kerajaan itu dengan bangganya melancarkan Cincin Graduasi UiTM.
Aksesori tersebut direka khas oleh Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
Ia dikatakan sebagai simbolik kecemerlangan semua yang bergraduat di Istiadat Konvokesyen UiTM.
Sebentuk cincin yang cantik terukir dengan ukiran emas pada perak itu benar-benar membuat ramai teruja.
Tempahan pula hanya dibuka pada istiadat konvokesyen ke-97 yang diadakan tidak lama lagi.
Baca juga Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin
Untuk tarikh lebih tepat, order boleh dibuat pada 17 Julai nanti melalui laman web cgu.uitm.edu.my.
Rata-rata respons yang ditinggalkan di ruang komen akaun Twitter tersebut tidak sabar nak beli.
Tak kurang juga yang tak 'puas hati' kenapa zaman mereka tak ada semua itu ?.
Ada juga yang mengusik mahu tukar cincin kahwin dengan cincin alumni.
Ramai juga tertanya-tanya harga yang ditawarkan untuk sebentuk barang kemas tersebut.
Tak ubah seperti cincin NBA dan NFL. Memang kelas!
Lain macam UiTM sekarang ini.
Tak dapat cincin nikah, dapat ini pun jadilah.
Very good! Tak sabar nak konvo tahun depan.
Nanti ramai yang tunjuk cincin dekat cameraman masa konvo nanti.
Banyak lagi reaksi yang dikongsikan, tak kurang juga ada yang mencadangkan supaya istiadat konvokesyen diadakan di cawangan.
Baca juga Tahniah! Penuntut UiTM raih tempat pertama Malaysia, dunia peperiksaan ACCA
Bukan apa, mungkin mereka rasa jarak lebih dekat dan tidak sesak berbanding di kampus utama.
Siap ada yang tanya yuran naik atau tidak dan sebagainya.
Apa-apa pun, paling penting UiTM memang happening tahun ini sebab ada kelainan yang dibawakan.
Mungkin kalian boleh kongsikan apa keistimewaan majlis graduasi alma mater masing-masing di ruang komen kami.
Baca juga Bangga ilham dari UiTM, busana kontinjen Olimpik Tokyo 2020 jadi sebutan
Buat para siswi dan siswa yang bakal berkonvokesyen tidak lama lagi, SinarPlus ucapkan tahniah dan terus maju jaya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang