Jangan lupa follow kami di Instagram!

BERSESUAIAN dengan namanya Mumtazah yang bermaksud cemerlang, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kejayaan manis.

Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi dilaporkan meraih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi kertas Financial Management (FM).

Bukan itu sahaja pelajar Fakulti Perakaunan tersebut juga menduduki tempat pertama Malaysia dan kedua dunia kertas Strategic Business Reporting (SBR) dalam peperiksaan sama sesi Jun 2021.

“Tahniah diucapkan kepada Hannah Mumtazah Ahmad Murshi atas pencapaian tempat pertama Malaysia dan dunia kertas FM peperiksaan ACCA.

“Dan, tempat pertama Malaysia dan kedua dunia kertas SBR peperiksaan sama,” kata Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi laman sosial Facebook pada Selasa.

Baca juga Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang

Iklan

Hannah Mumtazah merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019 iaitu kolaboratif antara KPM, UiTM dan ACCA dan Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST).

Beliau kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan di UiTM Shah Alam, Selangor.

Syabas SinarPlus ucapkan kepada anak muda ini.

Iklan

Baca juga Pegawai kadet TLDM lulus akademi laut berprestij AS, jadi kebanggaan rakyat Malaysia!

Sumber: Bernama, Facebook KPM