PANDEMIK Covid-19 walaupun menjejaskan ramai usahawan di seluruh dunia, namun ada juga yang telah mengaut keuntungan daripadanya.

Antara tokoh yang mengalami kenaikan pendapatan ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeffrey Preston Bezos. Harta Preston Bezos kini dilaporkan bernilai USD202 billion (kira-kira RM808 bilion) akibat peningkatan nilai saham Amazon.

Menurut sumber, peningkatan saham Amazon ekoran bertambah perniagaan dalam talian (online) dalam kalangan masyarakat dunia ketika pandemik Covid-19.

Memetik laporan CNBC, Bloomberg Billionaires Index menyenaraikan Bezos orang pertama yang mempunyai kekayaan melebihi USD200 billion. Oleh itu, dengan pendapatan USD202 bilion, Bezos kekal menjadi lelaki terkaya dunia.

Dia terus menewaskan pengasas Microsoft, Bill Gates yang berada di tempat kedua. Bezos pertama kali menjadi orang terkaya dunia pada 2017 dan dikuti pada tahun-tahun selepasnya. Saham Amazon mencapai rekod tertinggi pada bulan April 2020 akibat lonjakan permintaan yang belum pernah terjadi sebelumnya akibat pandemik-19.

Covid-19: Kekayaan CEO Amazon, Jeff Bezos meningkat tewaskan Bill Gates!
Bill Gates kekal sebagai lelaki kedua terkaya.

Pada Rabu, 26 Ogos 2020, nilai syarikat sudah lebih USD1.7 trilion, menjadikannya syarikat kedua paling berharga di AS, di belakang Apple.

Kemungkinan kekayaan bersih Bezos boleh lebih cepat melebihi USD200 bilion jika tidak berlaku perceraiannya dengan MacKenzie Scott pada tahun lalu (2019) di mana dia terpaksa menyerahkan sebahagian saham kepada bekas isterinya itu.

Menurut Bloomberg Billionaires Index daripada 10 lelaki terkaya dunia, sebanyak lapan orang warga negara Amerika Syarikat. Jutawan Perancis, Bernard Arnault menduduki tangga kelima dengan kekayaan USD86.6 billion, sementara jutawan keluli India, Mukesh Ambani menduduki tangga ketujuh.

Iklan

Bill Gates kekal sebagai lelaki kedua terkaya

Sementara itu tiga jutawan Malaysia berada dalam senarai 500 lelaki terkaya dunia versi Bloomberg Billionaires Index.

Iklan

Raja gula, Robert Kuok Hock Nien, 96, berada di kedudukan ke-112 dengan kekayaan bernilai USD15.5 bilion (RM62.4 bilion), sementara pengasas dan pengerusi Public Bank, Teh Hong Piow, 90, berada di kedudukan ke-402 dengan kekayaan USD5.69 bilion (RM22.88 bilion) dan Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Quek Leng Chan, 79, menduduki tangga ke-498 dengan pendapatan USD4.65 bilion (RM18.58 bilion). – KitaReporters

Kedudukan Indeks Bilioner Bloomberg pada 31 Ogos 2020 (kedudukan ranking dan jumlah kekayaan berubah setiap hari). – Rujukan: https://www.bloomberg.com/billionaires/

Sumber : KitaReporter