Covid-19: Penyelidik kaji kesan otak pada bekas pesakit. Penemuan mereka sangat mengejutkan...

A
A
A

BARU-BARU ini, satu kajian berkaitan pengimejan otak dalam kalangan pesakit Covid-19 telah dijalankan di United Kingdom (UK) dan outputnya telah dikongsi kepada umum.

Ia telah menarik perhatian Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran yang berkongsi unjuran pendapatnya menerusi Facebook rasminya baru-baru ini.

Dr Safiya.

"Belum baca pun sudah rasa berdebar, perasaan sayu terus menyelubungi diri," katanya membuka mukadimah topik.

Dr Safiya berpendapat, kajian terbaharu di UK itu unik kerana penyelidik membuat perbandingan jelas antara brain imaging (imbasan yang dibuat pada bahagian otak) sebelum dan selepas pesakit diserang virus Covid-19.

Kajian itu melibatkan orang yang dirawat di hospital dan juga orang yang kena jangkitan ringan yang tidak memerlukan rawatan.

"Dapatan kajian tersebut mendapati, imbasan pada otak orang yang diserang Covid-19 sama ada teruk atau sebaliknya, sama sahaja.

"Scan (imbasan) pesakit (tanpa mengira tahap) yang terkena jangkitan menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding orang yang tidak pernah dijangkiti wabak pandemik itu (dalam istilah sains disebut significant difference)," jelas beliau.

Jadi, apa maknanya?

"Maknanya walaupun masa dijangkiti virus itu, pesakit tidak bergejala atau gejala ringan, kesan jangka masa panjang pada otak itu masih ada dan boleh dilihat semasa imbasan dilakukan.

"Namun, kesan berpanjangannya masih dalam kajian lanjut," katanya.

Oleh itu, kata Dr Safiya, hasil penyelidikan penyelidik UK itu jelas memberi peringatan agar kita semua lebih berhati-hati.

"Jangan sesekali memandang remeh akan jangkitan tersebut, meskipun masih muda dan hanya mempunyai gejala ringan sahaja.

Baca juga: Covid-19: Fenomena maut tanpa gejala gara-gara happy hypoxia

"Sebaik-baiknyanya kita semua tidak kira umur atau tahap kesihatan mesti berusaha mencegah daripada terkena jangkitan dengan cara sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan terus mengambil vaksin apabila sudah tiba masanya.

"Jangan pula rasa terlalu takut jika belum mendapat vaksin, insya-ALLAH, SOP yang sedia ada seperti memakai pelitup muka, selalu bersihkan tangan, sentiasa menjaga jarak dan elak tempat sesak adalah berkesan untuk kurangkan risiko kena Covid-19," kata Dr Safiya.

Ingat, buatlah pilihan yang bijak. Kita mampu lalui keadaan ini bersama. Insya-ALLAH.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca