ANDA jenis yang suka simpan barang di dalam kereta?

Jika demikian, kena ubah tabiat tersebut.

Lebih-lebih lagi waktu cuaca panas begini dan kereta pula diletakkan di ruangan terbuka.

Selain menyebabkan barangan mudah rosak, tabiat itu memang mengundang bahaya.

Silap hari bulan, anda yang rugi besar jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pada kenderaan sendiri.

Baca ni Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Gambar fail.

Justeru, SinarPlus akan kongsikan beberapa jenis barang yang patut anda elak untuk disimpan atau diletakkan di dalam kereta dalam tempoh yang lama. Antaranya:

1. Bahan mudah terbakar

Elakkan meninggalkan barangan seperti penyembur dandanan rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur atau bahan mudah terbakar.

Perilaku berkenaan boleh menyebabkan kandungan kimia di dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.

2. Pemetik api

Pemetik api juga sejenis bahan mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta terlalu lama, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas.

Bahan dalam pemetik api mengandungi cecair mudah terbakar. Justeru, jangan sesekali tinggalkan di dalam kereta ya. Cukup berbahaya!

Baca juga Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

3. Peranti/barangan elektronik

Apabila suhu terlampau panas, ini akan menyebabkan peranti anda seperti telefon bimbit, rokok elektronik atau laptop cepat rosak.

Selain itu, powerbank yang ditinggalkan di dalam kereta pada suhu mencecah 40 Celsius atau lebih akan mengurangkan jangka hayat powerbank anda.

Silap hari bulan, ia boleh mendatangkan risiko yang mana kereta anda boleh meletup. Ni tak main-main ya.

Justeru, jangan biarkan ia terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Sebaiknya, letakkan barangan tersebut di dalam kotak khas.

Cermin mata Mahatma Gandhi dilelong dengan harga RM1.42 juta, tertinggi dalam sejarah

4. Kaca mata

Bagi anda yang memakai kaca mata, pasti akan perasan ada perubahan bentuk pada bingkai dan pelipis (temple) kaca mata yang menjadi longgar apabila dipakai.

Iklan

Masalah tersebut berlaku disebabkan oleh suhu yang terlalu tinggi akan melembutkan bingkai kaca mata terutama yang diperbuat daripada plastik, nelon ataupun asetat.

5. Ubat-ubatan

Umum mengetahui, ubat-ubatan haruslah disimpan pada suhu bilik. Sebab itulah, setiap kali anda dibekalkan dengan ubat, pasti ada label yang tertulis ‘sila simpan ubat ini mengikut suhu yang ditetapkan atau pada suhu bilik.’

Jika diletakkan di dalam kereta dalam tempoh yang lama dan pada suhu tinggi, ubat tersebut kurang keberkesanannya, cepat rosak dan juga tidak dapat digunakan lagi.

Satu lagi, mengambil ubat-ubatan yang sudah rosak boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Gambar Pexels
Gambar pexels

6. Botol air plastik

Membiarkan botol air plastik dalam kereta dalam tempoh yang lama mengundang bahaya.

Ini disebabkan haba daripada sinaran matahari bertindak balas dengan kimia di dalam botol plastik tersebut.

Iklan

Maka, hindarkan tabiat meninggalkan barangan peribadi anda terutama yang boleh mendatangkan bahanana.

Apa kata, letakkan di tempat yang anda mudah lihat dan capai.

Jadi, tiada istilah terlupa atau tertinggal di dalam kenderaan tersebut dalam tempoh yang lama.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Moga bermanfaat!

Sumber: NewRoadsAutomativeGroup & TikTok Incuba ID

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.