Daging lembu atau kambing, mana lebih baik?

HARI Raya Haji menjelang tiba. Bagi orang Islam, mereka dituntut untuk melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing dan berbagai lagi.

Lalu, akan penuhlah peti ais dengan berkilo-kilo daging. Ada yang dapat daging lembu, ada juga daging kambing. Persoalannya, manakah lebih baik antara lembu atau kambing?

Kandungan nutrisi

Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama.

Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

Dari sudut kalori dan lemak, lembu adalah pilihan yang lebih sihat berbanding kambing. 100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak berbanding daging kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 gram protein dan 8.8 gram lemak.

Melihat kepada vitamin dan mineral pula, daging lembu dan kambing, kedua-duanya hampir sama kaya dengan;

  • Zink
  • Selenium
  • Fosforus
  • Zat besi
  • Tembaga
  • Potassium
  • Magnesium
  • Sodium
  • Vitamin B, K dan D

Baca juga Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka

daging kambing

Walau bagaimanapun, daging kambing mengandungi protein yang lebih berkhasiat. Ini adalah kerana kebanyakan kambing tidak diproses dan diternak di dalam ladang tertutup sepertimana lembu.

Adakah daging kambing lebih sihat berbanding daging lembu?

Kualiti dan khasiat daging banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan kepada binatang tersebut.

Daging daripada binatang yang diberikan rumput adalah lebih sihat dan bersih. Jika perlu membuat pilihan, kambing secara amnya lebih sihat kerana perusahaan lembu yang sangat meluas pada hari ini menyebabkan susah untuk mendapatkan daging yang diternak secara organik dan diberikan makanan rumput.

Kebanyakannya memberikan gandum sebagai makanan kerana lebih murah dan menggemukkan lembu.

Baca juga Seekor lembu dagingnya berbeza, kenali 9 bahagian & cara memasaknya

Iklan

air kencing lembu

Manakala kambing pula kebiasaannya diusahakan serta diberikan makanan yang lebih organik dan semula jadi.

Kandungan lemak dalam daging kambing adalah lebih tinggi, tetapi lemak tersebut adalah lemak sihat. Kadungan lemak omega-3 yang sihat untuk jantung adalah lebih banyak memandangkan ia mengambil rumput sebagai makanan.

Tambahan pula, kualiti dari sudut kelembutan dan rasa tentunya lebih baik bagi daging kambing berbanding daging lembu. Ini menjadikan ia pilihan utama.

Apa pun pilihannya, daging merah harus dielakkan daripada menjadi santapan harian anda.
Kajian mendapati bahawa pengambilan daging secara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkaan umur.

Iklan

Apapun pilihan anda, nikmatilah dan bersederhanalah semasa memakan daging ya!

Sumber: Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!