Bawa isteri naik motor Harley Davidson, ramai terinspirasi dengan Alif Satar

PENYANYI dan pengacara, Alif Satar mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya menunggang motosikal berkuasa tinggi di Instagramnya.

Menerusi hantaran itu, penyanyi lagu Jangan Nakal itu dilihat sedang menunggang motosikal mewah jenis Harley Davidson sambil membonceng isterinya, Sha Dila Halid sambil menggunakan lagu dari filem Sembilu yang berjudul Di Ambang Wati.

Menurut pelakon popular itu, dia dan isterinya pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke Sungai Besar, Selangor untuk menikmati juadah landak masak rendang di sana.

“Feeling-feeling Awie dengan Wati hari ini. Layan landak masak rendang kat Sungai Besar, syahdu.”

Baca juga Alif Satar pernah diami flat Wangsa Maju, imbau kenangan zaman kecil, tak lupa asal-usul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat Alif yang menunggang motosikal tersebut bersama isterinya.

Mereka juga terinspirasi dan berbangga kemewahan yang dimiliki Alif dan berhasrat untuk memiliki motor berkenaan pada satu hari nanti.

Ujar mereka;

“Serius aku jatuh cinta dengan Harley. Dah tak minat laju-laju.”

“Mantap! I feel you, love korangla!”

Iklan

Baca juga ‘Boleh buat nangis 4 lautan,’ Alif Satar kongsi surprise dari 2 anak perempuan bikin sebak

alif satar

“Sweet couple, utamakan isteri.”

“Bang, tolonglah kesian kat kami yang single ni.”

Iklan

“Aduh, tetiba nak kena letak Harley dekat dreamboard.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!