Demi keselamatan, jangan guna dapur jenis kaca lebih dari dua jam. Ini sebab-sebabnya...
BARU-BARU ini, menerusi satu entri di Facebook, seorang pengguna dapur jenis kaca (tempered) berkongsi alat itu telah pecah ketika beliau sedang memasak.
Katanya, dapur tersebut baru dibelinya dua tahun lalu.
Sebelum ini, insiden yang sama juga pernah berlaku kepadanya.
Sebenarnya, apakah punca dapur jenis itu berderai?
Apakah bahan-bahan yang digunakan semasa pembuatannya mempengaruhi keadaan tersebut?
Menjawab kepada persoalan tersebut, SinarPlus berkongsi pendapat seorang pengguna di platform yang sama, Faizzuddin Abd Razak.
Tulisnya, terdapat banyak jenis bahan binaan material yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.
"Disebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass).
"Oleh itu, ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama anda," beritahunya.
Mengulas lanjut, Faizzuddin berkata, dapur kaca tempered digunakan menggantikan dapur borosilikat kerana ia kelihatan cantik di samping lebih tahan haba, tidak bertindak balas, tidak mengalirkan elektrik dan kalis air atau gas.
Namun demikian, beliau setuju bahawa dapur tempered mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul.
Berikut beberapa tip yang dikongsikan oleh Faizzuddin bagi mereka yang mempunyai dapur kaca tempered:
i) Jangan tutup permukaan kaca.
- Setengah daripada kita sayang akan dapur kerana bimbang tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun demikian, dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.
ii) Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar.
- Penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur tersebut mudah retak.
iii) Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
iv) Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama dua jam sahaja. Ini kerana penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.
v) Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah.
- Sebaliknya, tunggu sehingga dapur sejuk terlebih dahulu agar tidak berlaku 'kejutan' ke atas perubahan suhu yang drastik lalu menyebabkannya retak.
Oleh itu, buat kaum ibu yang mempunyai dapur jenis itu di rumah, diingatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh menyebabkan haba 'terkurung' semasa memasak.
Berhati-hatilah dalam penggunaannya.
Baca juga: 3 bahan dapur boleh rawat kebas pada kaki, tangan. Ini petua orang dulu-dulu
Jangan lupa, kongsi info ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ya.
Semoga bermanfaat!
Foto: MATJO dan Faizzuddin Abd Razak.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang