Doktor ini kongsi teknik goreng ikan dengan betul. Barulah hasilnya cantik, isi lebih juicy & tak melekat dalam kuali!

SEDAP betul kalau dapat ratah ikan yang digoreng panas-panas, kan.

Lebih-lebih lagi kalau dapat yang masih segar, isi yang manis memang ratah begitu sahaja pun sedap.

Namun, kadang-kadang mood kita spoil bila isi ikan melekat ketika menggoreng.

Apabila diangkat, habis hancur isinya dan nampak tak cantik ikan tu lagi dah.

Baca ni Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Walaupun masih elok untuk dimakan, namun jika mahu dihidangkan kepada tetamu, nampak ‘tak cantik’.

 

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, menggoreng ikan pun kena ada caranya. Barulah tidak melekat pada kuali dan isi ikan pun lebih juicy.

Seorang pensyarah kimia di selatan tanah air, Dr Fatimah Salim baru-baru ini berkongsi tentang hal itu dari sudut sains.

“Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak termasuk kawalan suhu (semasa memasak)?

“Masalah yang sering timbul adalah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan juicy (rangup di luar dan lembap di dalam),” ujar beliau.

ikan

PERMUKAAN IKAN BASAH

Jelas Dr Fatimah lagi, ikan melekat pada kuali adalah disebabkan permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan (permukaan) kuali.

“Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak. Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat.

“Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.

Iklan

“Untuk situasi tersebut, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga sedikit berasap) kemudian masukkan ikan. Disebabkan tidak larut bersama, pelanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat,” jelasnya.

Baca lagi Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

fish
Gambar sumber Pexel

Tambah Dr Fatimah lagi, minyak yang cukup panas membolehkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup.

Oleh yang demikian, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

Beliau turut berkongsi tip bagi mendapatkan isi ikan yang juicy.

Permukaan ikan yang rangup akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan dalam isi ikan.

Iklan
Gambar sumber PEXEL

“Ikan haruslah dimasak sekejap sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu.

“Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Cuma tiada masalah jika anda jenis yang sukakan ikan yang rangup dan garing,” kongsinya lagi.

Hmmm…Nak goreng ikan pun kena ada ‘seni’ juga ya. Bukan sembarangan nak goreng jer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang