Musim tengkujuh tiba, orang ramai dinasihati tidak melakukan aktiviti melibatkan pendakian, perkelahan dan air terjun buat sementara atas sebab keselamatan.

Ini susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula 11 November sehingga Mac tahun depan berkemungkinan membawa empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.

Kesan daripada cuaca buruk berkenaan akan menyebabkan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari.

Ia boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir pula boleh menjadi lebih ekstrem jika hujan lebat berterusan berlaku secara serentak.

Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Baca juga :Berkayak, berbasikal, piknik dan mendaki tembok. Ini 5 lokasi best di Putrajaya

Baca juga :Gara-gara sesat 2 hari daki gunung dengan ibu bapa, anak 3 tahun alami hipotermia yang boleh ancam nyawa

Maklumat di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Facebook

Risiko aktiviti pendakian musim tengkujuh:

    1. Permukaan licin boleh mendedahkan kepada bahaya kepada pendaki. 
    2. Kepala air yang berlaku di sungai atau air terjun boleh berlaku secara tiba-tiba.
    3. Berpotensi besar lokasi untuk dinaiki air atau tanah runtuh.
    4. Boleh mengakibatkan pendaki mendapat kecederaan, tersesat, terjatuh ke curam atau meninggal dunia kerana hipotermia.

Beberapa lokasi Taman Eko Rimba di Selangor ditutup bermula 15 November sehingga 31 Januari 2024.

  1. Taman Eko Rimba Ampang.
  2. Taman Eko Rimba Gunung Nuang
  3. Taman Eko Rimba Sungai Tekala
  4. Taman Eko Rimba Komanwel
  5. Taman Eko Rimba Sungai Tua
  6. Taman Eko Rimba Sungai Sendat.

Baca juga :Jangan ikut kawan nak mendaki, periksa tahap kesihatan diri sendiri – Pakar

Iklan

Penutupan sementara itu dilaksanakan atas arahan Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad sebagai langkah berjaga-jaga berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kepada pengunjung.

Begitu juga di Pahang,  Pejabat Penguasa Taman Negara negeri tersebut akan menutup sementara bagi aktiviti pendakian di Rentis Gunung Tahan pada 15 November 2023 sehingga 15 Januari tahun depan.

Sumber : Persatuan Pendaki Gunung Amatur Malaysia (PPGAM)

Kredit Foto : Pexels

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang