Musim tengkujuh tiba, orang ramai dinasihati tidak melakukan aktiviti melibatkan pendakian, perkelahan dan air terjun buat sementara atas sebab keselamatan.
Ini susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula 11 November sehingga Mac tahun depan berkemungkinan membawa empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.
Kesan daripada cuaca buruk berkenaan akan menyebabkan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari.
Ia boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.
Kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir pula boleh menjadi lebih ekstrem jika hujan
lebat berterusan berlaku secara serentak.Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Baca juga :Berkayak, berbasikal, piknik dan mendaki tembok. Ini 5 lokasi best di Putrajaya
Risiko aktiviti pendakian musim tengkujuh:
Beberapa lokasi Taman Eko Rimba di Selangor ditutup bermula 15 November sehingga 31 Januari 2024.
Baca juga :Jangan ikut kawan nak mendaki, periksa tahap kesihatan diri sendiri – Pakar
Penutupan sementara itu dilaksanakan atas arahan Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad sebagai langkah berjaga-jaga berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kepada pengunjung.
Begitu juga di Pahang, Pejabat Penguasa Taman Negara negeri tersebut akan menutup sementara bagi aktiviti pendakian di Rentis Gunung Tahan pada 15 November 2023 sehingga 15 Januari tahun depan.
Sumber : Persatuan Pendaki Gunung Amatur Malaysia (PPGAM)
Kredit Foto : Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…
BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…
KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…
HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…
SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…
WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…