BAGI mereka yang kerap menjadi mangsa gigitan nyamuk, sudah tentu akan mencari cara untuk menghalau serangga tersebut daripada menggigit diri, betul tak?

Tahukah anda, sebenarnya ada kaedah semula jadi menghalau nyamuk dengan hanya menanam pokok?

Ya, nyamuk juga seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup, ini termasuklah tumbuhan tertentu.

Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya, hanya yang betina menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting.

Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah.

Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk?

Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk, antaranya;

1. Serai wangi

Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah.

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar dua jam, ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat.

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ini daripada diri dan keluarga.

pudina

2. Pudina

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina.

Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal.

Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ini.

Iklan

3. Lavender

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara enam hingga lapan jam.

Jika menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.

Baca juga 10 fakta 'laluan panas' Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang

4. Daun selasih

Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Di samping itu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk.

Tumbuhan ini secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dihancurkan atau diproses dalam apa jua cara.

Daun selasih adalah toksik pada larva nyamuk, jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur.

Iklan

5. Bunga tahi ayam

Pokok bunga ini secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Pun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busuk, lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat.

Boleh letakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air, pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.

Geranium

6. Geranium

Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin.

Tumbuhan ini turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ini menutupi bau penarik lain.

Tumbuhan ini mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tidak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik.

7. Marigold

Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat menghalau beberapa jenis serangga.

Tumbuhan ini mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.

Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik. Pastikan tiada air yang bertakung dan terbiar terbiar di rumah.

Pelbagai penyakit bawaan nyamuk boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!

Sumber: Hello Health Group

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI