'Eyelash Extension' trend cantik, berisiko memudaratkan

A
A
A

MENDAPATKAN bulu mata yang panjang dan lentik sudah pasti menjadi keinginan setiap wanita.

Jika dahulu, maskara menjadi salah satu aksesori penting dalam beg solek bagi memastikan bulu mata kekal rapi, namun berbeza kebelakangan ini apabila wujudnya alternatif baru iaitu teknik sambungan bulu mata (eyelash extensions).

Namun, keterujaan seorang wanita untuk melakukan rawatan itu bagi tampil kelihatan cantik mungkin bertukar menjadi mimpi ngeri buat seumur hidup!

Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi sebuah video pendek di TikTok dikenali sebagai Raihanarusli menceritakan dia begitu teruja sebelum melakukan eyelash extension 'bergaya' di hari raya tanpa mengetahui kesan buruk yang bakal menimpanya.

Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi dan dia terpaksa menanggung sakit pada bahagian mata ketika itu.

Ceritanya, pada hari pertama raya, matanya sudah mula tak selesa, seterusnya pada hari raya kedua mata mula menjadi merah. Kemudian, pada hari raya ketiga dirinya terpaksa menangung mata menjadi merah, berair, gatal dan pedih. Akhirnya diri terpaksa cari tempat yang boleh buang eyelash extension.

Dakwa wanita itu lagi, selepas proses membuang eyelash extension, keadaan matanya ketika itu semakin berair dan berasa panas dari bahagian dalam mata.

Ujarnya, mata terkena 'infection' dan terpaksa pergi klinik ambil ubat. Selapas dua jam lepas ambil antibiotik, lagi sakit mata. Bangun pagi nak buka mata pun perit, rasa panas, melekit semua ada.

Peristiwa yang terjadi membuatkan wanita tersebut serik dan dia sama sekali tidak akan melakukan rawatan tersebut.

Begitulah, trend memang cantik tapi ia sangat membahayakan dan berisiko!

'Eyelash Extension' trend cantik, berisiko memudaratkan

Baca juga [VIDEO] Anak keempat baru setahun tapi dah mengandung 9 bulan, wanita Indonesia ini tak makan pil perancang, ini risiko hamil 'dekat-dekat'

Menurut portal Hello Doktor, sambungan bulu mata adalah serat tunggal dan bukannya jaluran bulu mata yang dilekatkan satu per satu atau dalam kumpulan kecil ke bulu mata semula jadi untuk meningkatkan penampilannya yang panjang dan penuh.

Kebanyakan bulu mata diperbuat daripada serat sintetik seperti nilon yang diikat menggunakan pelbagai jenis gam profesional. Manakala sutera adalah bahan lain yang digunakan untuk sambungan bulu mata. Malah, ada juga bulu mata yang diperbuat daripada bulu haiwan.

Biasanya sambungan bulu mata menggunakan penyepit kecil dan gam separuh kekal yang dirumus khas. Prosedur ini boleh mengambil masa selama dua jam, dan mata kekal tertutup selama tempoh prosedurnya. Hasilnya biasanya kekal tiga hingga empat minggu dan kemudiannya kembali sebagai bulu mata semula jadi.

Ini risiko terhadap mata;

Kesan sambungan bulu mata biasanya tidak disebabkan oleh penyepit kecil (tweezers) sebaliknya adalah disebabkan oleh gam yang digunakan untuk mengikat sambungan sintetik di tempatnya.

Ini kerana ia sering mengandungi formaldehid atau bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alergi.

Artikel yang diterbitkan dalam Consumer Reports membincangkan mengenai beberapa kes yang mana pesakit mengalami jangkitan dan tindak balas alergi terhadap pelekat berasakan formaldehid yang digunakan untuk sambungan bulu mata.

Akademi Oftalmologi Amerika (AAO) juga bertindak balas terhadap laporan yang memberi amaran kepada pengguna mengenai bahaya sambungan bulu mata.

AAO menyatakan sambungan bulu mata mengakibatkan;

  • Jangkitan kornea
  • Jangkitan kelopak mata
  • Kelopak mata bengkak
  • Kehilangan bulu mata sementara atau kekal

Selain itu, menggosok, sentakan atau menarik boleh mematahkan bulu mata semula jadi dan juga menyebabkan kerosakan kekal pada folikel bulu mata.

Walaupun jarang, sambungan bulu mata juga boleh membawa kepada serat yang terperangkap di bawah tisu mata, yang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca