BANTUAN kredit di bawah program eMadani yang disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas boleh ditebus mulai 4 Disember lalu.

Seramai 10 juta rakyat Malaysia menerima RM100 melalui empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Antara syarat kelayakan ialah seperti berikut:

-Warganegara Malaysia

-Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Jan, 2023, dan

-Merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau

-Mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Bagi anda yang memenuhi syarat di atas namun gagal menuntutnya, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia mungkin disebabkan oleh empat faktor berikut:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan

1-Anda tidak mengemukakan cukai taksiran bagi tahun 2022 dalam tempoh yang ditetapkan.

2-Kelayakan bantuan eMadani dikenalpasti melalui penyata cukai tahun taksiran 2022 jika pemohon bukan penerima STR.

3-Buat semakan kemungkinan pendaftaran nama pemohon pada platform e-dompet dan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) tidak sama.

4-Pelajar universiti yang telah menerima eBeliaRahmah tidak layak memohon bantuan eMadani.

Bagi mengemukakan rayuan, anda boleh menyalurkannya kepada pihak Kementerian Kewangan menerusi e-mel emadani@treasury.gov.my atau talian 03-8882 4565 / 1-800-88-2747.

Baca juga: Tebus RM100 eMadani, ini caranya melalui MAE, Setel, ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet

Baca juga: Ramai happy dapat insentif ini tempat makan yang terima transaksi eMadani

Iklan

Baca juga: Jualan hujung tahun lagi istimewa, grab promosi eMadani, tiket tambang murah dan tol percuma selama setahun

SYARAT PENGGUNAAN BANTUAN KREDIT EMADANI

-Pemindahan rakan ke rakan.
-Pengeluaran tunai.
-Pembayaran bil utiliti bersepadu aplikasi e-dompet.
-Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi.
-Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pasca bayar syarikat telekomunikasi dan tambah nilai perkhidmatan prabayar.
-Pembelian permainan bersepadu aplikasi.
-Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi.
-Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi.
-Urus niaga QR rentas sempadan.

Iklan

Setakat ini sebanyak 6.5 juta permohonan telah lulus dan RM650 juta telah dikreditkan kepada mereka yang layak.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!