SUDAHKAN anda menebus kredit e-tunai eMadani RM100 melalui empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet?

Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8.00 pagi.

Tak perlu tergesa-gesa kerana tempoh penebusan masih panjang dan akan berterusan sehingga 20 Februari 2024 ini pada jam 11:59 malam.

Manakala proses pembelian dan pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Baca juga:Alhamdulillah rezeki, RM100 kredit program eMadani boleh ditebus mulai 4 Disember, berikut syarat & kelayakan

Baca juga: Gagal tuntut RM100 eMadani? Kemukakan rayuan dengan 2 langkah ini

Kepada anda yang layak, berikut adalah cara penebusannya:

MAE

a)Cara penebusan eMadani MAE
1-Lancarkan aplikasi MAE
2- Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
3- Masukkan maklumat anda dan klik ‘submit’
4- Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI berjaya.
5-Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.

Jika anda belum mempunyai akaun Maybank atau e-wallet MAE, mohon e-wallet MAE melalui aplikasi MAE untuk menuntut eMADANI.

Anda boleh mengimbas kod QR di kedai atau menunjukkan kod QR anda kepada juruwang untuk diimbas melalui imbas dan bayar.

Kredit foto: Pexels

SHOPEEPAY

Untuk menebus kredit eMadani menerusi Shopee / ShopeePay, jangan lupa sahkan (verify) akaun Shopee anda sebagai persediaan awal untuk membuat penebusan.

Pengguna perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

1-Aktifkan ShopeePay dan pastikan anda telah mengesahkan akaun dengan kad pengenalan (MyKad) anda.
2-Kllik pada butang Tebus Sekarang dan isi butiran peribadi anda dalam borang permohonan online.
3-Permohonan anda akan diproses dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.
4-Anda akan menerima pemberitahuan dan mendapatkan RM100 dalam ShopeePay anda.

SETEL

1-Muat turun aplikasi Setel. Jalankan proses pengesahan akaun.
2-Di laman eMadani, isi dan hantar permohonan tuntutan.
3-Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa lima hari bekerja.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

TOUCH ‘N GO E-WALLET (TNG -WALLET )

1-Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
2-Buat pengesahan akaun e-wallet anda dengan menekan pada Account Verification pada halaman profil aplikasi.
3-Untuk warganegara, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau My Tentera untuk eKYC.
4-Bagi penduduk tetap Malaysia atau warganegara lain, kemukakan pasport.
5-Selain itu, anda perlu disahkan menerusi swafoto.
6-Buka aplikasi TNG eWallet di peranti masing-masing dah pilih paparan eMadani.
7-Pilih ‘Claim Now’ atau ‘Tuntut Sekarang’.
8-Bagi pengguna baharu TNG eWallet, buat pengesahan atau verifikasi seperti di langkah 1 hingga 5.
9-Isikan butiran dan ketik pada ‘Sumbit Now’.
10-Permohonan anda berjaya. Anda akan menerima notifikasi ini selepas permohonan anda diluluskan atau sebaliknya.

Baca juga: Alhamdulillah, e-wallet RM100 bakal diterima Disember ini, 5 info perlu tahu

eMadani do’s and don’ts

Iklan

Pun begitu, kredit e-dompet RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:

-Pemindahan rakan ke rakan
-Pengeluaran tunai
-Pembayaran bil utiliti bersepadu aplikasi e-dompet
-Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
-Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
-Pembelian permainan bersepadu aplikasi
-Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi
-Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
-Urus niaga QR rentas sempadan

Jangan salah gunakan ya seperti seorang penerima laman sosial Facebook, dikesan menawarkan perkhidmatan penukaran kredit eMadani, iaitu e-kredit RM100, kepada bayaran tunai.

Orang ramai yang inginkan perkhidmatan tersebut hanya perlu menghubungi pengguna tersebut melalui nombor WhatsApp yang tertera.

Kementerian Kewangan (MOF) pun sudah memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Iklan

Jangan main-main, gunakan dengan betul dan cara berhemah!

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!