Gaya hidup mewah undang padah legenda bola sepak dunia

SIAPA sangka legenda bola sepak dunia, Ronaldinho terpaksa berhadapan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.

Ronaldinho ditangkap anggota polis Paraguay apabila dia dan abangnya dilapor menggunakan pasport palsu berkenaan untuk memasuki negara tersebut.

Bekas bintang Barcelona dan AC Milan itu terpaksa bermalam selama dua hari di dalam lokap selepas hakim enggan membenarkan ikat jamin.

Ronaldinho (tengah) ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu. FOTO-Reuters

Kejadian malang itu menambah lagi derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya dalam kariernya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan diistihar muflis.

Iklan
Iklan

Selepas meninggalkan kelab AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu nekad pulang ke Brazil untuk beraksi bersama kelab Flamengo.

Ronaldinho juga pernah dilaporkan menerima gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu pada era kegemilangannya.

Dia juga dikatakan masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.

Jika dihitungkan jumlah keseluruhan kontrak miliknya, pendapatan Ronaldinho mampu mencecah sehingga 100 juta pound sterling bersamaan dengan RM540 juta. Wow, lumayan bukan?

Namun, bak kata pepatah melayu, kehidupan ini ibarat putaran roda “kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah”.

Nasib legenda bola sepak itu mula berubah pada sekitar 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.

Daripada dibayar 100,000 pound sterling terus menjunam menurun menjadi 24 ribu pound sterling bersamaan RM131,000 seminggu. Jumlah itu tidak mencukupi untuk membiayai gaya hidupnya yang mewah.

Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Malangnya, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung oleh pihak penaja.

Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.

Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang. Dan kini, ramai yang ternanti-nantikan perkembangan selanjutnya Ronaldinho. Adakah nasibnya akan berubah?

Sinar Plus suka berkongsi lagi satu pepatah, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kita mesti selalu berwaspada dan beringat-ingat terutama berkenaan hal wang dan harta benda, sebelum ia habis atau terlambat.

Gunung pun kalau hari-hari ditarah boleh rata tau!

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

8 mins ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

4 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

7 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

8 hours ago