Grab naikkan harga tambang per minit, ini yang perlu pengguna tahu

GRAB Malaysia mengumumkan perubahan tambang, termasuk kenaikan harga tambang seminit.

Perubahan itu adalah untuk membantu memberi pampasan kepada pemandunya untuk masa yang dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak khususnya Lembah Klang.

Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.

Berkuatkuasa 16 Januari 2023, tambang seminit dinaikkan daripada 20 sen kepada 43 sen.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tambang bagi setiap kilometer telah diturunkan daripada 70 sen kepada 25 sen.

Kadar asas dan minimum kekal tidak berubah pada RM2 dan RM5, masing-masing.

Grab berkata dalam satu kenyataan, tambang itu telah disemak berdasarkan maklum balas daripada pemandunya.

“Kami mendengar anda, dan kami akan menyemak semula struktur tambang supaya tambang lebih berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan perjalanan dan kurang pada jarak perjalanan,” kata Grab Malaysia.

Baca juga Mohon bakal majikan bayar grab RM31, ini larangan ketika temu duga

Gambar fail.

Buat penumpang Grab, kalau anda masih belum tahu, formula pengiraan tambang terkini e-hailing itu adalah seperti berikut;

RM2 + (jarak perjalanan x RM0.25) + (tempoh perjalanan X RM0.43) = Jumlah tambang

Kadar yang berubah dalam formula ini adalah tambang per minit dan tambang per km. Didapati yang tambang per minit naik sebanyak 115% daripada RM0.20/min kepada RM0.43. Kadar tambang per km pula menurun sebanyak hampir 64% daripada RM0.70/km kepada RM0.25/km.

Baca juga Guna GrabPay di pusat beli-belah AEON

Jadi, Grab mencadangkan agar pengguna boleh menetapkan tanda menetapkan amaran melalui ciri ‘Pemberitahuan Tambang’ dalam aplikasi Grab mereka.

Mereka akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit selepas itu.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

44 mins ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

56 mins ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

3 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

7 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

8 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

9 hours ago