Guna elektrik lebih, subsidi akan dipotong, 5 info wanita perlu tahu

PENGGUNAAN elektrik sangat penting dalam kehidupan sehari-hari.

Tanpanya tentu banyak urusan akan terbengkalai. Masakan tidak, ia adalah sumber tenaga yang mustahak dalam penggunaan peralatan elektronik. Terutamanya ketika cuaca panas kini, kipas dan pendingin hawa saban hari dipasang untuk menyejukkan suhu dalam kediaman.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Baca juga: Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

Berikut lima info berkaitan anda perlu tahu:

1-Langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.

2-Caj tarif elektrik golongan M40 dan B40 tidak dinaikkan sebalikya rumah-rumah yang menggunakan elektrik tinggi akan dikenakan bayaran mengikut kos harga pasaran

3-Selain itu, kerajaan juga bersetuju tidak menaikkan tarif elektrik kecuali kepada pihak industri sektor tertentu.

4-Kenaikan sebelum ini hanya melibatkan kilang-kilang besar, melainkan ada kaitan dengan pertanian dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).

5-Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20 perlu dilihat semula pada masa depan kerana golongan ini berkemampuan untuk membayar tarif yang lebih kompetitif.

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

11 TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Sebagai pengguna, anda mempunyai pilihan untuk memantau dan mengurus penggunaan peralatan elektrik bagi mengelak pembaziran tenaga.

Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:

1.Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

2.Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.

3.Ketika menggunakan pendingin hawa, tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik.

Iklan

4.Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24 -26 darjah Celcius) bagi penggunaan elektrik yang cekap.

5.Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.

6.Bersihkan penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.

7.Matikan komputer selepas guna dan berhenti mengecas apabila bateri penuh.

8.Manfaatkan cahaya semula jadi bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.

9.Elak guna air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh kerana lebih banyak tenaga dan masa diperlukan untuk memanaskan air.

Iklan

10.Jangan kerap membuka dan menutup pintu ketuhar kerana perbuatan itu akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.

11.Kurangkan masa mandi menggunakan air panas.Ini kerana alat pemanas air guna banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.

Baca juga: Kronologi menyayat hati 3 beradik sehidup semati, maut renjatan elektrik tika harung air banjir

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi