Guna 'mouth wash' boleh sebabkan diabetes? Ini jawapan doktor
MOUTH wash adalah ubat kumur iaitu cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut.
Ramai yang tertanya-tanya adakah benar-benar perlu menggunakan pencuci mulut atau mouth wash ini setiap hari?
Sudah pasti! Jika pencuci mulut digunakan dengan betul, ia boleh membantu mencegah penyakit mulut, gusi, kerosakan gigi dan macam-macam lagi.
Tetapi yang lebih merisaukan, ia juga mampu menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.
"Saya sering menggunakan mouth wash setiap kali selepas menggosok gigi. Saya diberitahu oleh kawan saya berdasar pembacaan journal, bahawa menggunakan mouthwash adalah berbahaya, boleh menyebabkan penyakit terutama diabetes. Mohon pencerahan doktor jika ia benar."
Bagi menjawab kepada persoalan seperti di atas, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad dalam perkongsiannya mengatakan menggunakan 'mouth wash' terlalu kerap turut membahayakan.
"Saya ingin memberitahu puan bahawa saya bukanlah doktor gigi. Tetapi pertanyaan puan berkaitan dengan produk dan penyakit diabetes, saya menjawab
dari sudut pencegahan penyakit," tulisnya di Facebook.
Menurutnya, kebanyakan produk pencuci mulut (mouth wash) di pasaran mengandungi bahan antibakteria seperti berikut;
- Chlorhexidine
- Cetypyridinium chloride
- Triclosan
- Alkohol
- Fluorida
- Peroksida
Katanya, bahan-bahan aktif ini berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan keradangan gusi dan kerosakan gigi.
"Tetapi sebatian kimia ini juga membunuh bakteria yang baik di mulut yang menghasilkan sebatian Nitric Oxide (NO)."Di dalam badan, nitric oxide membantu mengembangkan darah, dengan ini dapat melancarkan pengaliran darah dan merendah tekanan darah.
"Nitric Oxide juga meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan masalah insulin resistance.
"Apabila koloni bakteria baik ini dimatikan, penghasilan insulin mungkin terganggu dan tahap gula dalam tubuh mungkin akan meningkat," katanya.
Baca juga Kurangkan gula secara drastik untuk diet boleh bawa mudarat!
Kata Dr Zubaidi, dengan ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes.
"Terdapat kebimbangan para saintis terhadap penggunaan pencuci mulut ini yang terlalu kerap untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut."Persatuan Pergigian British mencadangkan penggunaan pencuci mulut ini sekali dalam sehari," ujarnya.
Namun apa yang perlu ditekankan adalah;
1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Mencuci gigi selepas makan juga amalan yang baik.
2. Gunakan ubat gigi berflorida.
3. Berus gigi dengan teknik yang betul.
4. Bersihkan lidah semasa memberus gigi.
Menurut beliau, kesimpulannya, penggunaan pencuci mulut (mouth wash) tidak berbahaya kecuali digunakan berkali-kali dalam sehari.
"Penggunaannya hanya membantu membersihkan gigi dan mulut, bukanlah kaedah utama membersihkan gigi dan mulut.
"Gunakannya sekali atau dua kali sehari. Pastikan ia tidak terlalu pekat," pesan beliau.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang