NAMA pun selebriti. Jadi, setiap apa yang dipakai pasti akan menjadi sorotan peminat.

Tidak mengira sama ada fesyen, perihal kisah peribadi, waima peralatan memasak di dapur turut hangat dibincangkan di platform media sosial.

Terbaharu, artis popular Indonesia, Nagita Slavia yang menarik perhatian umum ketika mempamerkan kemahirannya memasak di dapur.

Bukan bersandarkan kehebatannya menyediakan hidangan, tetapi isteri kepada aktor dan pengacara, Raffi Ahmad itu menjadi perbualan kerana nilai perkakas memasak yang digunakan.

Bayangkan, harga satu set kuali sahaja sudah hampir mencecah RM10,000!

Tidak hanya itu, terdapat beberapa barangan lain yang turut memiliki harga ‘kayangan’.

Justeru, jom semak senarai barangan memasak Nagita menurut laman web Popmama.com,

1. Termos

Sebuah termos 1.5 liter jenama Bababoo Home berharga Rp1,450,000,000 (RM424,000) sudah cukup untuk membuat mulut kita ternganga apabila mendengarnya.

Termos tersebut mempunyai rekaan minimalis dan bergaya. Disediakan dalam pelbagai saiz iaitu 400 milliter, 1 liter dan 1.5 liter.

Difahamkam termos itu juga mampu mengekalkan suhu panas atau sejuk selama 10 hingga 24 jam.

2. Teko teh

Koleksi teko teh dari jenama Hermes bernama H Deco Rouge Tea Set bernilai Rp12,100,000 (RM3,537). Ukiran klasik pada teko dan set cawan menyerlahkan sisi mewah dan bergaya.

3. Bekas seramik

Comel dan menarik. Nagita menggunakan set bekas seramik berukuran 200 milliter bernama Ceramic Jars Trio daripada jenama Pretty Platty.

Tiga bekas beserta senduk kecil itu dijual pada harga Rp295,000 (RM86.24) selain turut memiliki dua rekaan iaitu ceri dan lemon.

4. Termos merah jambu

Termos merah jambu, Moshu Insulated Cool Table Pot Kettle Pink dari mosh.co.kr menjadi antara koleksi perkakas dapur milik Nagita. Harga termos tersebut bernilai Rp738,000 (RM215).

5. Bekas adunan

Mangkuk atau bekas adunan pelbagai warna, Mixing Bowl Assorted daripada set Kitchen Aid bernilai Rp2,157,000 (RM630).

6. Pengisar

Pengisar berharga Rp400,000 (RM117) dari jenama Miyako.

7. Kain pemegang periuk

Kebiasaan kain pemegang periuk atau pemegang periuk direka berbentuk sarung tangan dengan kain tebal atau berbentuk segi empat.

Kain tersebut perlu tahan lasak agar dapat melindungi kulit daripada terkena objek panas. Nagita menggunakan kain pemegang periuk daripada produk Ikea pada harga Rp29,900 (RM8.74)

8. Kuali

Kuali bersaiz besar milik Nagita merupakan salah satu produk Ikea yang dijual pada harga Rp199,000 (RM58).

9. Jag

Masih dengan jenama yang sama, sebuah jag yang digunakan untuk menyukat adunan turut didapati dari Ikea bernilai Rp19.900 (RM5.82).

10. Alat pemanggang

Dapur pemanggang, Plancha ultracompact Electric Grill Pan, Tefal bernilai Rp1,580,000 (RM461)

11. Kuali sos

Set kualiti bos jenama Ikea berona hitam itu berharga Rp199,000 (RM58). Memiliki tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.

12. Set mangkuk adunan

Penggunaan set mangkuk adunan, 9 Compact Preparation Set dari jenama JosephJoseph itu tersedia dari saiz kecil sehinnga ukuran paling besar sesuai untuk membuat hidangan seperti kek dan biskut. Harganya Rp1,710,000 (RM499).

Iklan

13. Periuk

Ibu kepada Rafather itu terus setia dengan jenama produk Ikea. Beliau memiliki kuali bersaiz besar bernama Saucepan With Lid pada harga Rp219,000 (RM64).

14. Dapur pemanggang

Sebuah lagi dapur pemanggang beranam Grill Pan dari Ikea pada harga Rp299,000 (RM87). Nagita menggunakan untuk hidangan roti bakar istimewa buat keluarga.

15. Kuali ‘kayangan’

Warnanya krim lembut menyerlahkan lagi kuali, MochaBio Granit 7 pcs, Karacha miliknya. Rekaan yang mewah itu sesuai dengan harga Rp3,3900,000 (RM9,910).

16. Papan pemotong

Papan pemotong dari Ikea berharga Rp59,900 (RM17.51). Memiliki dua saiz iaitu besar dan kecil dengan rona hijau serta biru.

17. Pisau

Pisau yang didapati di Ikea bernama Vegetable Knife itu berharga Rp279,000 (RM81).

18. Set pisau

Iklan

Koleksi set pisau dari Ikea berharga Rp99,900 (RM29.21). Terdapat tiga jenis saiz yang boleh digunakan untuk ukiran kecil, sederhana dan besar. Tahan lasak dan memiliki bahagian genggaman yang kuat.

19. Tempat pisau

Produk Ikea tetap menjadi pilihan Nagita. Tempat simpan pisau Ikea, Knife Block pada harga Rp199.000 (RM58) diperbuat daripada kayu tahan lama.

20. Set sudip

Set sudip yang digunakan Nagita, Elevate Corausel Set daripada JosephJoseph itu boleh didapati pada harga Rp1,830,000 (RM534). Diperbuat daripada silikon tahan panas pada suhu sekitar 200-270º celsius.

21. Senduk adunan

Bukan sekadar mementingkan jenama dan harga, Nagita tetap seorang yang sederhana. Nagita membeli senduk adunan daripada Ikea pada harga Rp19,900 (RM5.82).

22. Pengadun adunan

Pengadun adunan dengan kelajuan Hand Mixer, Kitchen Aid pada harga Rp1,899,000 (RM555) berwarna merah digunakan untuk membuat kek.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram