Gunakan 3 bahan saja untuk atasi masalah najis cicak!
KEBANYAKAN kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan?
Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Jadi, ini adalah petua yang anda boleh amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Bahan-bahan:
- 1/3 cuka makan
- 1/3 air
- 1/3 cecair pencuci pinggan
Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray.
- Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak.
- Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak.
Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA, UNSPLASH, FACEBOOK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang