KEBANYAKAN kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan?

Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.

Jadi, ini adalah petua yang anda boleh amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja.

Bahan-bahan:

– 1/3 cuka makan
– 1/3 air
– 1/3 cecair pencuci pinggan

Cara-cara:

– Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray.

– Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak.

Iklan

– Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak.

Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut.

Iklan

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA, UNSPLASH, FACEBOOK