Hangatkan Tahun Baharu Cina dengan melawat 'Regal Kingdom of Spring.' Temui juga 'Harimau Bersalut Emas'

A
A
A

BAHANG Tahun Baharu Cina semakin terasa. Tahun ini sangat ditunggu-tunggu kerana masing-masing berpeluang untuk pulang ke kampung halaman kan?

Bagi menghangatkan Tahun Baharu Cina 2022 yang merupakan adalah tahun Harimau (haiwan ke-3 dalam kitaran 12 haiwan dalam zodiak Cina), pusat beli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor mengalu-alukan para pengunjung ke Regal Kingdom of Spring dari 6 Januari hingga 6 Februari depan.

Sebaik melangkah masuk ke ruang legarnya yang terletak di LG Oval, suasana kemeriahan sudah dapat dirasakan dengan kesemua 12 Haiwan Zodiak Emas Legenda digabungkan bersama, maklum 1 Utama dalam satu kenyataan.

 

Tidak cukup dengan itu, para pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehadiran Harimau Bersalut Emas setinggi 20 kaki yang gah 'berdiri' bersama beberapa zodiak lain.

"Setiap arca haiwan menggambarkan kemewahannya dengan syiling emas dan jongkong," beritahu 1 Utama.

Sentuhan elegan ditambah pada hiasan ‘ong’ seperti tanglung emas dan panel seni tradisional paper cutting yang dipamerkan di setiap kiosk beli-belah juga menghidupkan lagi suasana.

Setiapnya menawarkan pelbagai hadiah sempena sambutan Tahun Baru Cina, makanan ringan, juadah perayaan, pakaian dan aksesori untuk dibeli para pengunjung.

Dengan replikasi semangat kemeriahan musim bunga, para pengunjung juga boleh singgah ke Teochew Town yang terletak di ruang legar Centre Court. Ia diinspirasikan daripada asal usul dan seni bina wilayah Guangdong, China.

Dalam pada itu, sementara para pengunjung bersiar-siar atau membeli-belah, anda juga boleh mencipta kenangan perayaan ini di ‘Oriental Pavilion’ setinggi 30 kaki yang dikelilingi taman bunga peony yang berfungsi sebagai ruang istirehat seperti zaman sedia kala untuk berkumpul.

Wow! Memang menarik sungguh.

Sementara itu, antara Highlight Tahun Baru Cina & Promosi di 1 Utama adalah seperti berikut:

Persembahan perayaan

Selain Tarian Singa Akrobatik Khuan Loke, Persembahan Drum 8 Majestic Kwong Ngai, Perkusi No Noise, Orkestra MCCO, GuZheng Ensemble, Diabolo dan banyak lagi aksi kebudayaan lain akan diadakan.

Prosperity Rewards (6 Januari dan 6 Februari 2022)

Hadiah tebusan Tahun Baru Cina yang disediakan buat para pengunjung adalah:

-Set Peket Angpow dengan pembelian RM350 (RM500 bagi bukan ahli ONECARD)

-Set Double Prosperity Bowls dengan pembelian RM1,000 (RM1,200 bagi bukan ahli ONECARD)

-Set Reunion Dining (Hanya untuk 300 pemegang ONECARD terawal dengan pembelian RM8,000)

ONECARD CNY Specials

• 1PAY ROAR-some Cashback! (6 Januari hingga 6 Februari): Nikmati cashback hingga RM8 apabila anda berbelanja minimum RM8 dalam satu resit menggunakan 1PAY Scan & Pay melalui Aplikasi Mudah Alih 1 Utama.

• 1PAY Ong Lai e-Angpow (6 Januari – 15 Februari): Dapatkan cashback secara rawak apabila anda menghantar minimum RM8 di 1PAY e-Angpow melalui Aplikasi Mudah Alih 1 Utama, maximum RM10 cashback bagi setiap ahli.

• Sertai The ONECARD Family (6 Januari – 6 Februari): Keahlian ONECARD PERCUMA selama 5 tahun menanti anda yang lahir pada tahun Harimau atau gunakan kod "ANGPOW8" untuk menerima cashback RM8 apabila anda mendaftar secara dalam talian.

Pergh...macam-macam ada di sana. Jadi, apalagi, tidak kira sama ada anda Melayu, Cina atau India, jom sama-sama meriahkan Tahun Baharu Cina demi menonjolkan semangat perpaduan sesama kita.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca