Bayi kuat menendang, kandungan Maryam Durian Kimchi rupanya sudah cecah 8 bulan. 'Baby aktif macam Omma dia'

No Image Caption
A
A
A

SERONOK betul lihat Maryam You Narae atau juga dikenali sebagai Maryam DurianKimchi ini. Sudahlah rajin menyediakan masakan buat anak perempuannya Rina, keletah kedua-duanya sering kali membuatkan warganet tidak kering gusi.

Dalam hantaran terbaharu di Instagram, isteri kesayangan Ryzal Ibrahim itu sempat berkongsi keadaan si kecil dalam kandungan yang semakin aktif pada usia 32 minggu.

"32 weeks. Budak kecil ini buat apa dalam perut? Taekwondo atau K-Pop dance.

"Adakah tendangan bayi menyakitkan begini?" kongsinya pada kapsyen.

Warganet rata-rata tidak menyangka kandungan Maryam sudah melewati trimester ketiga malah hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum kelahiran.

Sementelah beliau mendedahkannya kepada peminat November lalu.

No Image Caption



"Bulan lepas baru sahaja dengar berita Maryam pregnant, sekarang sudah 32 minggu."

"Baby aktif macam Omma dia tu."

Artikel Berkaitan:


"Setahu saya kalau baby boy tendang memang kuat sikit berbanding girl. Lepas tu sakit, lincah orang kata. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Maryam."

Terdahulu, Maryam pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.

Sekadar info, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.

Pasangan ini memiliki anak sulung, Nik You Rina yang kini berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang