‘Happy sangat abang waktu ni,’ ibu kongsi detik terakhir keluar bersama Zayn Rayyan sehari sebelum hilang runtun hati ramai

“HAPPY sangat abang waktu ni, mommy, daddy dan adik pun happy waktu ni… tak sangka ini moment happy terakhir kita, mommy abadikan kat sini ya.”

Itu perkongsian terbaharu Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan maut dibunuh pada 6 Disember lalu.

Ujarnya, mereka sekeluarga sempat bersama anak sulung kesayangannya itu kali terakhir pada 4 Disember lalu sehari sebelum kehilangannya.

Ismanira memuat naik beberapa keping foto momen terakhir mereka di Instagram (IG) miliknya hari ini, hingga mendapat perhatian dan meruntun jiwa warga maya.

“Waktu ni Isnin minggu lepas, 4 Disember, ni last mommy dan daddy dapat bawak abang jalan-jalan. Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan.

“Dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang happy sangat sangat lah dua beradik ni.

“Penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba jugak bawak abang dengan adik jalan-jalan,” coretnya.

Baca juga Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

Dalam pada itu, Ismanira turut mengungkapkan rindu yang tak terkata daripada seorang ibu kepada anak sulungnya itu menerusi perkongsian semula di Facebook miliknya hari ini.

Ayat yang disusun dengan kasih sayang menggambarkan perjalanan yang mengubah hidupnya sebagai seorang ibu sejak kelahiran anak sulungnya itu.

“Momen yang mengubah saya selamanya adalah saat anak sulung dilahirkan. Cinta untuk selamanya, anak sulungku, Zayn Rayyan,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen media sosial milik wanita itu, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat dan doa agar dirinya kuat menjalani kehidupan selepas ini.

Iklan

Baca juga Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Ismanira turut berkongsi tajuk ‘Surat cinta dari ibu’ dengan menggambarkan bagaimana kehadiran anak sulungnya memberi makna dalam kehidupannya.

Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya pada 10 malam selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam pada 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

Kes pembunuhan tersebut masih lagi misteri hingga ke hari ini. Siasatan kini sudah memasuki hari ketujuh.

Iklan

Pencarian bukti serta maklumat lain diteruskan anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini di sekitar kediaman Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!