KES pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sudah memasuki hari kelima.

Sayu dan memilukan, kes Zayn Rayyan meruntun hati seluruh rakyat Malaysia. Warga maya menerusi laman sosial tidak henti menitipkan doa dan harapan agar pelaku kejam meragut nyawa anak istimewa ini ditangkap segera.

Menemui petunjuk dan bukti baharu, Polis Diraja Malaysia semakin ‘hampir’ dengan suspek yang mana kemungkinan hanya seorang pelaku sahaja terlibat dalam jenayah itu.

Berikut 15 info terbaru berkaitan kes berkenaan:

1-Polis mengambil masa selama empat jam menjalankan siasatan di dalam sebuah stor berkeluasan 30×20 kaki persegi yang terletak 50 meter dari blok kediaman keluarga Zayn di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

2-Selain itu, pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dilakukan di semua 18 blok perumahan berkenaan melibatkan 228 individu.

3-Pihak polis juga membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai di sana yang melibatkan 5,628 orang penduduk.

Kredit foto: Bernama

4-Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis menerima rakaman video kemera papan pemuka daripada pemilik yang meletakkan kenderaan mereka di apartmen berkenaan yang akan bantu siasatan.

5-Siasatan yang dijalankan juga mendapati terdapat banyak lorong tikus di sekitar kawasan perumahan tersebut termasuk di lokasi penemuan mayat kanak-kanak penghidap autisme itu. Justeru, beliau meminta siasatan dilakukan pelbagai sudut sama ada di dalam atau luar perumahan.

6-Hussein berkata polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

7- Ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa.

8-Ditanya jangkaan waktu mayat Zayn Rayyan diletakkan di lokasi dia ditemukan, Hussein berkata: “Pagi hari yang sama (mayat ditemukan) kita ada membuat pencarian tetapi tak jumpa. Kita jumpa pada waktu malam, jadi kemungkinan petang (pembunuh meletakkan mangsa) sewaktu hujan lebat. Jadi kita percaya, waktu petang itulah (mayat diletakkan).”

9-Kata Hussein, tujuan pemeriksaan sebuah stor  adalah bagi mahu menyiasat individu yang selalu berlegar di kawasan itu untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ.

11-Pihaknya mencari dan padanan cap jari dan meneliti dari semua sudut sama ada dari dalam atau luar kawasan dan tidak mahu terlepas apa-apa kemungkinan.

12-Sementara itu, datuk kepada arwah, Zahari Mohd Rebah, 55, kematian cucunya tiada kaitan dengan unsur dendam. Ujarnya, keluarga Zayn Rayyan tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran sepanjang hampir tiga tahun tinggal di sana.

13-Zahari berkata Zayn, tidak pernah dibiarkan bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya, Ismanira Abdul Manaf.

14-Menjawab pertanyaan wartawan, Zahari berkata Zayn seorang kanak-kanak yang baik dan gemar bergurau dengannya. Berdasarkan pengalamannya, Zayn akan bertindak agresif jika disakiti susulan keadaan dirinya yang non verbal iaitu tidak boleh berkomunikasi.

15-Beliau menafikan dakwaan cucunya itu didera dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta memberikan keyakinan penuh kepada polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

Iklan

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Baca juga: Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Stor yang terletak kira-kira 50 meter dari blok kediaman keluarga Zayn Rayyan turut disiasat polis

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Iklan

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

SinarPlus mendoakan agar pembunuh anak syurga ini segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!