SANA-SINI ramai mengeluh mengenai beras. Harga naik mendadak, stok juga dikatakan tiada di pasaran.

Sebenarnya, harga beras ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya. Namun, akhir-akhir ini harga dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai.

Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.

Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, manakala bakinya beras putih import.

Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import di mana jurang perbezaan keduanya adalah kecil.

Baca juga Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak

masak nasi

Beras wangi biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang dan beras jepun di restoran Jepun.

Kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli.

Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang, satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).

Ini penjelasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu tentang isu kenaikan harga beras (September 2023);

1. Ramai tidak tahu bahawa selama ini ada dua jenis beras yang dijual di pasaran iaitu beras import dan beras tempatan.

2. Harga beas import tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Ia dijual mengikut harga pasaran.

3. Kerajaan hanya mengawal harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilo.

Baca juga Tip mudah pekatkan kuah masakan dengan hanya gunakan beras, rasa pun padu. Ibu kena cuba

4. Harga beras putih import (BPI) ditentukan oleh negara pengeksport beras. Tahun ini harga beras dunia telah naik dengan mendadak berbanding tahun lepas.

Iklan

5. Kenaikan harga beras import menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan naik dengan mendadak.

6. Banyak peniaga mula beralih kepada beras tempatan bagi menjimatkan kos dan ada yang membelinya dalam kuantiti yang banyak bagi menyimpan stok untuk pernigaan mereka.

7. Keadaan ini menyebabkan stok beras tempatan cepat habis dijual di pasaraya.

Jadi, jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

KPKM telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Iklan

Baca juga DIY air basuhan beras buat muka jadi mulus glowing, selamat dan jimat poket

Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!