GARA-GARA penyusutan harga emas sejak kebelakangan ini membuatkan orang ramai menyerbu kedai barangan kemas seluruh negara demi mendapatkan koleksi dengan harga lebih rendah.

Seperti baru-baru ini media tempatan melaporkan harga emas 916 hanya RM208 segram di sebuah kedai di Port Dickson menyebabkan kedai berkenaan menjadi tumpuan dan pelanggan sanggup beratur panjang seawal kedai berkenaan dibuka pada pukul 11 pagi.

Begitu juga di Shah Alam, pemilik kedai emas di PKNS turut mengakui peningkatan pengunjung ke kedai emas berlaku sejak dua minggu lalu kerana dikatakan harga emas mula turun daripada sekitar RM240 satu gram kepada RM217 satu gram sejak dua minggu lalu.

Wah! ini detik sangat mengujakan bagi penggemar barangan kemas!

Selain itu media tempatan memetik Bloomberg turut mengatakan harga emas menuju kepada penurunan bulanan kedua berturut-turut apabila kenaikan pulangan bon menjejaskan permintaan terhadap logam itu yang tidak menanggung kadar faedah.

Dalam masa sama, pelabur mempertimbangkan kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell berhubung pertumbuhan dan inflasi, dengan berita vaksin yang menggalakkan.

Awas peniaga emas... KPDNHEP buat pemeriksaan rawak ke seluruh negara

Harga emas susut lima peratus pada 2021 selepas mencatatkan kenaikan tahunan tertinggi dalam tempoh sedekad.

Ia dicatatkan ketika penanda aras pulangan Perbendaharaan 10-tahun meningkat ke paras paling tinggi setahun dan pegangan dalam dana dagangan pertukaran disokong oleh penurunan harga logam itu.

Menurut laporan itu semalam, Goldman Sachs Group Inc menurunkan unjurannya terhadap harga emas, dengan merujuk kepada peralihan terhadap aset lebih berisiko sebagai punca prestasi lemah logam itu.

Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,803.81 seauns pada 7.35 pagi di Singapura dan 2.4 peratus lebih rendah pada Februari, selepas merosot 2.7 peratus bulan sebelumnya.

Iklan

Cara pengiraan zakat emas, pakai atau pun tidak, wajib dizakatkan

Baca juga 4 cara senaman mata elak rabun, perlu amalkan selalu

Harga perak turut susut, manakala platinum dan palladium hampir tidak berubah.

Iklan

Bloomberg Dollar Spot Index tidak berubah selepas susut selama lima hari.

Jadi wahai pencinta emas, waktu ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan koleksi-koleksi yang dihajati namun jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan ya.