Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

A
A
A

RAMAI daripada kalangan antara kita yang tidak tahu cara membersihkan tilam bilik tidur yang sebenar menyebabkan kebersihan luaran dan dalamannya sering terabai.

Mungkin ada mereka yang rajin menukar cadar dan sarung bantal supaya ia kelihatan sentiasa baru, ceria dan selesa apabila tidur.

Namun, adakah anda benar-benar yakin bahawa bahagian dalaman tilam yang digunakan selama bertahun-tahun bebas dari kekotoran dan hama?

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, keadaan tilam sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan kita.

Katanya, kadang-kadang beliau bertanya pesakit bila kali terakhir tukar tilam. Hanya tilam dan bantal yang kita gunakan lebih dari enam jam.

Menurut Dr Kamarul, antara masalah kesihatan yang boleh berlaku akibat keadaan tilam yang tak elok adalah;

1. Sakit badan

Keadaan tilam dan bantal yang tak sempurna boleh menyebabkan tubuh badan menjadi kerap sakit, contohnya sengal tengkuk, belikat dan pinggang. Ini disebabkan tilam tidak lagi memberi sokongan yang sesuai untuk tubuh kita.

2. Alahan

Tilam boleh jadi tempat allergen berkumpul. Contohnya debu, habuk, bahan kimia. Ini boleh menyebabkan seseorang itu kerap mengalami gegata, mata berair, selsema, bersin dan asma. Terutamanya semasa tidur.

3. Kutu dan hama

Infestasi kutu, pepijat, tungau dan hama boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ruam, dan kudis. Serangga-serangga ini boleh berpindah dari satu individu ke individu yang berkongsi tempat tidur.

4. Bakteria dan kulat

Bakteria dan kulat pada tilam boleh menjangkiti tubuh manusia dan menyebabkan masalah pada kulit, pernafasan, rambut, kuku dan sebagainya. Selain itu, spora kulat juga boleh menyebabkan keracunan.

Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk memastikan tempat tidur kita dalam keadaan baik?

1. Tukar cadar setiap minggu

Ia merupakan permukaan yang bersentuh secara langsung dengan tubuh kita, maka ia menyerap peluh, hingus, air liur dan lendiran tubuh kita. Jadi, cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekurang-sekurangnya seminggu sekali.

2. Gunakan cadar anti-alahan

Ada cadar yang menggunakan material yang tenunannya lebih rapat. Ini dapat mengurangkan penembusan allergen dari permukaan tilam, naik ke permukaan cadar. Ia lazimnya dilabel cadar “hypoallergenic” atau “anti-dust”.

3. Pusingkan tilam setiap tiga bulan

Pusingkan (rotate) dan terbalikkan (flip) tilam supaya penggunaan permukaannya sekata. Ini boleh memanjangkan hayat tilam. Tilam yang atas beza material antara permukaan atas dan bawah, tak usah pula di terbalikkan.

4. Bersihkan tilam setiap tiga bulan

Setiap kali pusingkan tilam, bersihkan juga tilam. Boleh buat jemuran, sedutan vakum, cucian kering, atau apa-apa kaedah yang bersesuaian dengan jenis tilam. Ini untuk tujuan membasmi kotoran, perosak dan kuman.

Baca juga Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

Apakah tanda-tanda dah perlu fikir untuk tukar kepada tilam baharu?

1. Tilam berubah bentuk

Jika permukaan tilam sudah tenggelam, berbonggol-bongol atau senget sebelah, adalah tanda tilam sudah tak mampu beri sokongan yang baik pada tubuh. Selain itu, jika tilam telah jadi terlalu keras atau lembut, maka perlu tukar.

2. Berlubang atau reput

Tilam dibaluti kain pelindung. Fungsinya untuk sesuatu yang tidak diingini masuk atau keluar daripada dalaman tilam. Haiwan perosak seperti lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam yang dah koyak.

3. Berbau kurang senang

Jika tilam tetap mempunyai bau yang kurang menyenangkan walaupun sudah cuba dibersihkan beberapa kali, maka sudah tiba masa menggantikannya. Bauan dan wasap ini mungkin boleh membahayakan kesihatan.

4. Digunakan lebih satu dekad

Jangka hayat tilam sebenarnya bergantung kepada material, binaan dan penjagaan tilam berkenaan.

Namun, secara umum, kualiti tilam akan merosot ke tahap genting setelah sekitar 10-15 tahun jika ia digunakan setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca