LEBIH canggih dan bergaya! Itulah ciri yang boleh digambarkan untuk telefon pintar terbaharu Vivo, Siri X60 yang cukup mengagumkan.

Masakan tidak, Siri X60 yang terdiri daripada X60 dan X60 Pro itu merupakan pengeluaran sulung, hasil kolaboratif bersama peneraju global dalam optik dan opto-elektronik, ZEISS.

Telefon pintar pertama dibangunkan itu ternyata lebih luar biasa kerana meningkatkan penanda aras dalam fotografi mudah alih profesional.

Ya! Hanya dengan Vivo Siri X60, sesiapa sahaja mampu merakam gambar persis jurugambar berpengalaman.

VIVO X60

Memperincikan mengenai inovasi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, Siri X60 merupakan hasil ciptaan sepasukan jurutera Vivo yang berwawasan tinggi.

“Sebagai salah satu jenama telefon pintar terkemuka di dunia dan berusaha mencapai kesempurnaan, kami komited dalam menawarkan produk yang terbaik buat generasi baharu yang meminati fotografi.

“Justeru, misi kami untuk meneraju industri pengimejan mudah alih dengan kemajuan teknologi diteruskan dalam bentuk kerjasama strategik bersama ZEISS,” katanya sempena pelancaran jenama itu.

Selain menampilkan reka bentuk canggih ditambah kualiti pengimejan maksimum, siri X60 juga melambangkan komitmen jenama China itu dalam memberikan pengalaman fotografi terbaik.

VIVO X60

Apa yang menarik mengenai Vivo Siri X60 itu? Berikut perinciannya:

1. Gabungan lensa optik terbaik, sensor, algoritma pemprosesan imej dan kepelbagaian ciri pelbagai mod membolehkan pengguna menikmati teknologi kamera yang sebelum ini terhad buat jurugambar profesional sahaja.

2. Siri X60 mempunyai tiga kamera belakang (48MP + 13MP + 13MP), serta kamera hadapan 32MP. Logo ZEISS dipamerkan pada lensa, manakala cap dagangan ZEISS Vario-Tessar diukir di bawah kamera sekali gus melengkapkan gaya unggul sebuah peranti fotografi profesional terbaharu.

3. Buat pertama kalinya, pengguna juga boleh mengakses ZEISS Biotar Portrait Style pada siri vivo X. Ciri baharu ini membolehkan pengguna menghasilkan potret profesional yang boleh disesuaikan dengan kemampuan untuk memberikan kejelasan berfokus dan kesan bokeh.

4. Siri X60 menggunakan teknologi penstabilan video VIS 5-axis terbaharu yang membolehkan pengguna merakamkan dengan jelas objek dalam gerakan dinamik dengan ketepatan yang lebih tinggi.

VIVO X60

5. Extreme Night Vision 2.0 membantu pengguna mencipta semula gambaran malam dengan hanya satu sentuhan melalui algoritma kecerdasan buatan (AI).

6. Siri X60 kaya dengan ciri pelbagai-mod fotografi dan videografi yang merupakan ciri utama teknologi vivo seperti ciri Cinematic Master, HDR Super Night Portrait, Ultra-Wide Night Mode, Super Pano, Pro Sports Mode, Kids Snapshot, Multi-Style Portrait, Long-Exposure Mode dan bermacam lagi.

Iklan

7. Prestasi peranti Siri vivo X60 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 870 dan pemproses cekap tenaga itu mempunyai jalur asas 5G bersepadu yang dapat meningkatkan kelajuan rangkaian tanpa wayar 5G.

VIVO X60

8. Dikuasakan dengan bateri 4200mAh dan teknologi FlashCharge 33W, pengecasan semula kuasa penuh dapat dilakukan mudah dengan ketahanan yang lama dan masa pengecasan pantas.

9. Siri vivo X60 menampilkan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz* dan kadar respons 240Hz pada paparan AMOLED.

Wow! Menarik bukan? Siri X60 juga dianugerahkan dengan pensijilan termasuk HDR10+, SGS Eye Care Display, SGS Seamless dan Hi-Res Audio.

Peranti pintar yang hanya seberat 176 gram dengan reka bentuk yang sangat tipis iaitu 7.36mm itu menampilkan lengkungan 3D elegan dengan elemen futuristik.

Iklan

VIVO X60

Bagi mereka yang tertanya-tanya pilihan rona yang disediakan untuk siri X60, gajet canggih tersebut didatangkan dengan warna Shimmer Blue dan Midnight Black.

Berita baik untuk peminat jenama Vivo apabila fitur baharu tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan bermula 22 Mac lalu di semua pengedar sah, Shopee dan Lazada.

Varian X60 dijual pada harga RM2,699 manakala X60 Pro dijual pada harga RM3,299.

Pun begitu, hingga jam 9.30 malam ini (26 Mac 2021), prapesanan siri X60 di semua kedai pengedar sah Vivo akan menerima satu tahun waranti lanjutan, satu tahun perlindungan keretakan skrin dan kotak hadiah premium X60 atau bagasi percuma.

Jadi, apa tunggu lagi? Masih berbaki beberapa jam lagi sebelum tawaran tamat. Sementara masih ada masa, cepat-cepat penuhkan troli online atau terus ke outlet Vivo berhampiran.