‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba...’ - Nabilah Nordin & Andrea Wong

Copy of Copy of gambar portal (66)
Copy of Copy of gambar portal (66)
A
A
A

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan stail dan fesyen.

Bagaimanapun, jurusolek artis, Nabilah Nordin berkata, berdasarkan apa yang dipelajarinya daripada perunding warna bahawa tidak semua individu akan terlihat bagus dengan warna hitam.

“Ini kerana ia boleh menjadikan seseorang ‘overwhelming’ atau boleh menyekat aura mereka.

“Sebenarnya, warna selain hitam boleh memberikan ‘kejutan’ kepada kita. Tidak perlu bimbang dengan pandangan masyarakat.

“Yang paling utama, kita kena explore lebih dalam gabungan warna pakaian termasuk solekan untuk penampilan yang lebih menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program bual bicara ‘She Leads 2: Dressing Right and Feeling Good’ anjuran Sinar Daily di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

Sementara penggaya fesyen, Andrea Wong pula berpendapat, pemilihan aksesori sama ada beg, tali pinggang dan kasut tidak memerlukan semuanya berwarna hitam.

Meskipun terlihat elegan, namun wanita terutama yang berkerjaya patut berani mencuba pelbagai warna supaya personaliti lebih menyerlah dan berkeyakinan.

“Pop of color boleh menjadi seseorang itu bintang, tidak salah untuk ‘bermain’ dengan warna.

“Dengan itu, kita dapat memastikan warna apa yang bersesuaian dengan kulit dan menaikkan aura,” katanya.

Dalam pada itu, Nabilah turut berkongsi tip solekan ringkas hanya menggunakan gincu.

“Cari warna gincu yang bersesuaian dengan bibir dan ton kulit awak, dalam masa sama gunanya untuk blushing.

“Tap… Tap… sedikit di kedua-dua belah pipi,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca