i-Sayang untuk suami carum 2 peratus buat isteri kini dah boleh mohon, 9 info berkaitan

BERITA baik buat isteri-isteri, kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan kemudahan i-Sayang.

Kemudahan itu membolehkan suami memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berikut info berkaitan;

1. Kemudahan terbaharu itu adalah hasil usahasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

2. Kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.

3. Ia mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal supaya menabung demi masa depan persaraan mereka.

4. Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.

Baca juga Wanita wajib tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP boleh dibuat sebelum pencen

5. Seterusnya, isteri juga memperoleh akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP.

6. Lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.

7. Inisiatif itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Iklan

Baca juga i-Sayang, i-Lindung bakal dilancar 2022, ini 5 fakta mengenainya

8. Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

9. Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Iklan

i-Sayang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, semalam.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.