Ibu ayah siap sedia. KPM bakal laksana PdPR 2 minggu lepas cuti raya bendung jangkitan di sekolah

A
A
A

PENINGKATAN kes daripada kluster pendidikan meresahkan ibu bapa dan para guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melalui media sosial miliknya mengumumkan tentang cuti Hari Raya Aidilfitri dan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas cuti sambutan hari raya.

“Petang tadi saya berkesempatan bertemu pengamal media bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.

“Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi

“Kumpulan A (iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B (iaitu sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya) pula akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

PdPR 2 minggu selepas raya

Selain itu, Datuk Dr Radzi Jidin turut mengulas mengenai perlaksaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dilaksana dalam mengekang penularan Covid-19.

“Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

“Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM,” katanya.

Sumber: Dr Radzi Jidin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca