Ibu ayah yang ada bayi wajib ambil tahu 'Sudden Infant Death Syndrome'

A
A
A

BAYI berisiko meninggal dunia ketika tidur.

Ibu bapa sekalian, pernahkah korang mengambil tahu apa itu 'Sudden Infant Death Syndrome'.

'Sudden Infant Death Syndrome' atau ringkasannya SIDS adalah kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas.

Menurut perkongsian seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal di laman Facebooknya, bayi lelaki dan bayi pramatang (bayi lahir bawah 37 minggu), lebih tinggi risiko untuk dapat SIDS.

"Bayangkan, bila kita kejut bayi kita tu, dia dah tak bangun-bangun.

"Sejak American Academy of Paediatrics membuat saranan pada tahun 1992, “Jangan benarkan bayi tidur meniarap”, kejadian SIDS menurun kepada 5 kes dalam setiap 10,000 bayi.

"Jika bayi muntah susu dalam posisi tidur meniarap, susu tu akan masuk ke dalam salur pernafasan dan sampai ke paru-paru. Itulah bahayanya tidur dalam posisi meniarap," tulisnya.

Ibu ayah yang ada bayi wajib ambil tahu 'Sudden Infant Death Syndrome'Sementara itu, Dr Redza turut berkongsi cara untuk mencegah SIDS :

1. Letakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam semasa tidur.

2. Gunakan tilam yang leper dan padat.

Tilam yang bagus akan buatkan bayi tak tenggelam ke dalam bila diletak atas tilam tu.

3. Soft toys seperti patung binatang dan bantal tebal tak digalakkan diletak berdekatan bayi yang tidur.

Benda ni boleh jatuh dan menutup hidung bayi.

4. Elakkan tidur bersama bayi.

Dicadangkan bayi tidur di tilamnya atau di kot (baby cot) sendiri.

Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi. Bayi terhempap semasa mereka semua tidur bersama.

5. Jangan merokok berdekatan bayi.

Bayi yang hidu asap rokok, lebih berisiko untuk dapat SIDS.

6. Teruskan menyusu dengan susu ibu. Bayi yang menyusu badan, risiko SIDS nya lebih rendah.

Baca juga JKR amalkan konsep no wrong door policy, 11 saluran terbuka untuk buat aduan

Mak ayah, sila ambil tahu perkara ini kerana ianya sangat penting kepada bayi anda.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca