Ibu bapa sibuk bekerja, 75% remaja Malaysia tonton video & gambar lucah. 7 info menggerunkan

GERUN mendengarnya! Namun itulah kenyataannya. Baru-baru ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sekurang-kurangnya 75% remaja Malaysia pernah menonton pornografi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2021 itu mendapati bahawa kebanyakan dari mereka adalah remaja lelaki yang terjebak semasa di sekolah menengah lagi.

Itu kerana mereka kerap menggunakan internet yang tersedia sepanjang masa di rumah ketika bersendirian.

Menurut Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Profesor Madya Dr Noor Azimah Muhammad, berikut info kajian;

1. Punca berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kurang pemantauan daripada ibu bapa yang sibuk bekerja.

2. Ada satu contoh di mana seorang pelajar mengaku telah menonton lebih daripada 200 video lucah sehari bagi memuaskan nafsunya.

3. Pendedahan dan ketagihan seperti itu dikalangan remaja boleh menyebabkan HIV dan sifilia.

4. Malah, dalam satu kajian lain yang dibuat pada tahun 2013, 10% dari 988 pelajar universiti mengaku pernah melakukan hubungan intim dan 5% daripada mereka aktif secara seksual.

Baca juga Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Kredit foto: 123rf

 

5. Selain itu, keputusan yang sama turut dilaporkan pada tahun 2017 oleh Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan di mana 7.3 % remaja di antara umur 13 dan 17 tahun mula membuat hubungan intim seawal 14 tahun dan lima peratus dari mereka aktif secara seksual.

6. Hampir semua remaja ini mengamalkan seks tidak selamat tanpa kondom mahu pun alat pencegah kehamilan.

7. Pada masa yang sama, 40% dari kes HIV baru ini adalah daripada mereka.

Justeru itu, Noor Aziman mendesak ibu bapa untuk mengawasi anak-anak bagi mencegah masalah ini kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka dari terlibat dalam aktiviti seksual yang merbahaya sebelum berkahwin.

Iklan

Selain itu, ibu bapa juga perlu meluaskan pengetahuan mereka tentang pendidikan seks untuk kepentingan anak-anak.

Malah, penekanan ilmu agama juga perlu dikuatkan lagi supaya anak-anak tidak terpesong ke lembah maksiat.

Kesan menonton pornografi terhadap kesihatan;

  • Hilang keghairahan seksual.
  • Mati pucuk.
  • Tidak tertarik untuk melakukan hubungan seks di dunia sebenar.
  • Menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup.

Impak dan pengaruh maksiat menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi;

  • Terhalang daripada mendapat ilmu.
  • Terhalang daripada rezeki yang murah.
  • Merasa jauh daripada rahmat ALLAH.
  • Berasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  • Segala urusan menjadi sukar dan sulit.
  • Hati menjadi gelap.
  • Terhalang daripada melakukan ketaatan.
  • Boleh memendekkan umur seseorang.
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  • Melemahkan rangsangan ketaatan.
  • Berasa bangga dengan maksiat.
  • Mendapat penghinaan daripada ALLAH.

Baca juga Gangguan seksual di tempat kerja, pengamal undang-undang dedah tindakan boleh dibuat

Iklan
Culik
Gambar fail.
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada ALLAH.
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  • Menyebabkan kehinaan dalam kalangan manusia.
  • Boleh melemahkan akal fikiran.
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  • Mengundang banyak laknat.
  • Terhalang daripada mendapat doa Nabi dan malaikat.
  • Melemahkan perjalanan hati kepada ALLAH.
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  • Boleh mengabaikan diri sendiri.
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit.

Semoga ibu bapa celik mata dengan dunia anak-anak sekarang. Bertindak sebelum parah!

Sumber: Sinar Harian, Sinar Islam Plus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!