IBU antara insan penting dalam institusi kekeluargaan untuk membentuk keperibadian anak-anak sejak dari kecil lagi.

Ini kerana sentuhan kasih sayang dan bimbingan motivasi seorang emak mampu mencorakkan masa depan zuriatnya untuk menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.

Malahan, setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang ibu adalah doa yang tiada hijabnya.

ustaz wadi annuar

Begitu tinggi darjat seorang ibu apabila setiap kata-katanya waima yang baik atau pun buruk, tetap akan dimakbulkan ALLAH.

Penceramah agama terkemuka, Mohamad Wadi Annuar Ayub berkongsi kehebatan darjat seorang ibu melalui sesi ceramahnya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sedutan kata-kata nasihat yang dikongsikan @dakwah_motivasi2022 di akaun instagram tersebut menerima 105,000 jumlah tontonan.

Baca juga [VIDEO] Doa ibu angkat mustajab? Ini penjelasannya

Beliau yang popular dengan nama Ustaz Wadi Annuar turut menasihatkan para ibu supaya sentiasa mengawal mulut kerana setiap kata-katanya adalah doa untuk anak-anaknya.

“Ini kerana walaupun sejahat macam mana ibu sekali pun, ALLAH menjadikan mulut dia makbul.

“Ibu-ibu ini walaupun fasik macam mana pun, apabila dia mendoakan penuh perasaan dekat anaknya, dia mendoakan kecelakaan dekat anaknya, terus makbul,” katanya.

Baca juga Anak jadi nakal sebab doa ibu bapa… Berhati-hatilah bila berkata-kata apalagi ketika sedang marah

ustaz wadi annuar

Sebab itu, beliau menasihatkan kepada para ibu supaya berhati-hati dan sentiasa bermuhasabah diri.

“Jangan sebut dekat anak-anak, perangai macam binatang. Jangan! Sebut perangai macam Rasul.

Baca juga Mustajab ke doa ibu angkat?

“Sebut yang elok-elok kerana doa ibu ini dia ibarat express on the spot, terus dapat,” katanya lagi.

Benarlah kata pepatah, syurga di bawah telapak kaki ibu dan sebagai seorang anak, jangan sesekali menyakiti hati mereka.

Iklan

ustaz wadi annuar

Penceramah selebriti tersebut turut menitipkan nasihat buat anak-anak supaya jangan sesekali melukakan hati si ibu.

“Kalau kita buat emak sakit hati sikit pun, hari itu juga kita dapat (padahnya). Tak perlu tunggu lama-lama.

Baca juga “Berkat doa ibu dapat pengampunan Agong, ingin buka kedai jahit” – bekas banduan

“Lagi-lagi emak yang jenis qiamullail, puasa sunat tidak pernah tinggal dengan tasbih dekat tangan. Itu yang membuatkan kita lagi risau jika duduk dengan emak seperti itu sebab doanya,” nasihatnya.

Sesungguhnya, kasih dan doa ibu sampai ke syurga. Selagi mereka masih hidup, hargailah dengan membahagiakan hati mereka.

Iklan

ustaz wadi annuar

Daripada Mu’awiyah bin Haidah Al Qusyairi RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapa yang paling berhak aku perlakukan dengan baik? Nabi Muhammad menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: ayahmu, lalu yang lebih dekat setelahnya dan setelahnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis berkenaan, maka kita sebagai anak, berbakti kepada ibu kerana ia merupakan salah satu amalan utama yang ditekankan dalam Islam dan juga dijelaskan dalam al-Quran.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat semua. #kitajagakita #kitalaluibersama