IBU atau bapa zaman sekarang banyak betul cabarannya dalam membesarkan anak-anak terutamanya dari segi penjagaan pemakanan.

Dalam kehidupan serba pantas masa kini, kita sudah terbiasa dengan makanan segera, sejuk beku atau mudah dimasak dalam tempoh kurang lima minit seperti instant noodle atau mi segera.

Salah satu tarikan utama makanan ini adalah kerana harganya yang murah dan ringkas untuk disediakan.

Namun tahukah anda, setiap hirupan dan sedutan mi segera yang kita makan sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan.

Tambahan pula, mi segera bukanlah pilihan hidangan terbaik dengan gizi yang lengkap, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.

Doktor Perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang menerusi akaun Twitternya menghuraikan 10 fakta tentang kenapa ibu dan bapa perlu mengelakkan anak mereka daripada menjamu mi segera.

1. Risiko kanser

Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.

2. Risiko obesiti

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30g lemak atau setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.

3. Penyakit metabolik

Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak yang makan dua pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.

4. Risiko depresi, alahan kulit

Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko depresi dalam kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.

Baca juga Mengapa anak mudah tidur bila di dalam kenderaan? Berikut 5 fakta yang semua orang kena tahu

Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

5. Gangguan visual

Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.

6. Kemerosotan daya ingatan

Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.

Iklan

7. Kerosakan hati

Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.

8. Bahan dari industri petroleum

Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.

Baca juga Makan aiskrim vanila waktu sakit tekak buat radang tak pulih, ini penjelasan doktor

9. Kerosakan organ

Iklan

Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.

10. Proses penghadaman tidak teratur

Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung.

Moga dengan penjelasan Dr Ahmad Samhan ini dapat membuka mata ibu bapa tentang kesihatan anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.