SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa keluarga mangsa menunggu waktu solat zuhur.

Dalam satu perkongsian menerusi Facebook milik Siti Nur’ Rahmah, jenazah Hadi Zulqarnain Muhammad Huzaifah telah selamat dikebumikan.

Alhamdulillah selesai urusan pengebumian anak syurga Hadi selepas subuh tadi di tanah perkuburan di Lumut.

anak lemas 2

Ibu & bapa Hadi sangatlah tenang & redha, ibu bapa terpilih dipinjamkan anak syurga.

“Anak ni tiada dosa, bila dah ke sana, dia tiada pun kesal & tak mahu pulang pun ke dunia. Tak macam yang kita yang dewasa ni” ayah Hadi sempat titip nasihat.

Hadi pun nampak seperti tidur. Bersih, comel sahaja dia menghadap Ilahi.

anak lemasKejadian terjadi sangat sekejap, tiada apa yang dikesalkan. Kedua ibu bapa seperti kebanyakan ibu bapa yang ada anak-anak kecil. Bergilir untuk solat. Dalam rakaman cctv memang nampak kejadian sangat laju, Hadi sangat happy meluru keluar seperti tahu syurga menantinya.

anak lemas 1Banyak sangat hikmah, kami semua terkesan & terbayang-bayang anak kecil yang kami semua kenal dan kasih.

Mari doakan Zahra sekeluarga tabah menerima ujian Allah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Iklan

 

 

 

 

 

Iklan