TERINGIN nak pakai inai tapi susah pula nak cari sekarang ni sebab kebanyakan kedai tutup. Dimana nak dapatkan inai instant pada waktu macam ini, tetapi bila difikirkan balik kenapa perlu beli jika boleh buat  sendiri dengan mudah dan harga jauh lebih murah?

Cara untuk membuatnya ternyata sangatlah cepat dan mudah. Malah, hasilnya juga akan menjadikan inai itu tampak lebih merah, cantik, serta tahan lama. Jom kita cuba!

3 bahan-bahan asas:

1. Kapur sireh merupakan bahan utama, tiada bahan ini maka pewarna tak boleh nak serap dalam kuku
2. Sabun mandi yang jenis ketul atau buku (sukatan 2cm persegi) atau sabun basuh pinggan yang berbentuk pes juga boleh
3. Pewarna makanan perisa ceri merah atau warna-warna apa yang anda suka

Cara-cara bancuhan:

1. Ambil sukatan hujung sudu kecil untuk kapur sireh

tip

2. Sabun buku anda boleh potong ukuran 2cm persegi. Parut sabun tadi dengan menggunakan gunting sahaja

3. Sediakan pewarna makanan perisa ceri tadi untuk dicampur ke bahan-bahan asas yang telah disediakan

tip

4. Campur kesemua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun sehingga sebati. Kelikatan dan kecairan mengikut kesukaan anda tetapi yang penting jangan campur dengan air langsung

Iklan

5. Kemudian sapu rata di kuku menggunakan putik kapas yang bersaiz kecil. Biarkan selama 20-30 minit sehingga kering

tip

6. Kemudian cuci bersih-bersih dan siap!

Iklan

Mudah je kan nak buat indai sendiri, bahan-bahan pun yang ada di rumah je. Lagipun yang beli kat kedai tu tak tahan lama, kejap je pudar dan inai homemade ini boleh bawa solat sebab warna menyerap ke dalam kuku. Selamat mencuba!

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Sumber: Fb rosdiana dian