Individu pulang umrah, 18 negara risiko mula pakai peranti pengesanan digital di KLIA

A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial, video jemaah umrah yang baru pulang ke tanahair ‘mengamuk’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Video berdurasi satu minit 44 saat itu menunjukkan para jemaah berang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Difahamkan jemaah umrah tidak berpuas hati dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian peranti pengesanan digital yang didakwa memakan masa terlalu lama.

Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 20 kaunter dan 40 petugas ditempatkan di bangunan Satelit C25 KLIA untuk membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.

Katanya, tempoh bagi saringan kesihatan dan pemakaian peranti pengesanan digital “edgenta” itu memerlukan sejam 20 minit.

"Terkini mereka yang selamat kembali daripada umrah telah dimulakan pemakaian ‘digital tracker’," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

omicron

Buat masa ini, menurutnya, pemakaian peranti pengesanan digital itu untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib tujuh hari selepas pulang menunaikan umrah wajib memakai peranti pengesanan digital mulai minggu ini.

Khairy berkata, pelaksanaan pemakaian peranti itu berikutan 30 daripada 49 kes baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia merupakan kes import dari Arab Saudi yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lepas.

Berikut sedikit info berkaitan peranti pengesanan digital tersebut;

1. Ia seumpama jam tangan yang tidak boleh ditanggalkan selama lapan hari.

2. Ia kalis air, sekali gus boleh dipakai ketika berwuduk dan mandi.

3. Walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 ketika sampai di KLIA adalah negatif, individu masih perlu menjalani ujian calitan kedua sebelum peranti itu boleh dibuka pada hari kelapan.

Baca juga MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

4. Selain itu satu lagi peranti kawalan yang berbentuk kotak perlu diletakkan di tengah rumah.

5. Peranti berbentuk kotak itu tidak boleh dialihkan kerana didaftarkan dan diset berdasarkan lokasi alamat rumah dan kotak itu mampu mengesan dan menghantar amaran jika pemakai peranti digital di tangan keluar dari rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca