Video lama Bilal tular semula, Neelofa dedah tip jaga privasi anak– ‘Saya happy bila tak expose sangat, tunggu besar...’
BARU-baru ini, video Bilal, anak sulung Neelofa, yang dirakam hampir dua tahun lalu, tiba-tiba kembali menjadi buah mulut netizen.
Ibunya, Neelofa sendiri terkejut dengan situasi tersebut.
Ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu bagaimanapun dengan selamba melihat situasi tersebut sebagai satu momen kelakar keluarga.
Bagi pengacara dan usahawan popular, walaupun dunia maya boleh 'panas', kehidupan sebenar anak-anaknya tetap normal dan bebas, macam keluarga lain.
Pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, video berkenaan sebenarnya dirakam semasa sesi promosi produk makanan perapan.

“Video tu dua tahun lepas, kami tengah buat promo untuk Pak Mat Western. Wajahnya dirakam sipi-sipi.Sekarang Bilal dah empat tahun.
"Benda tu ada je dekat reels saya, Instagram, feed all the time, tak pernah keluar pun. Saya pun terkejut sebab Harris tunjuk video ni naik balik lah. Eh video dua tahun lepas ni kenapa naik balik?
"Siapa yang keluarkan? Jadi kita pun macam tertanya-tanya apa yang trigger benda tu,” katanya lagi.
Neelofa pada masa sama menegaskan, mereka sekeluarga tidak pernah menyembunyikan anak-anak, tetapi menjalani kehidupan seperti keluarga biasa.
“Lepas viral gambar itu dulu, baru kita keluarkan video tu, tunjuk. Tapi selepas-selepas tu, ada je yang kita keluarkan macam raya, reels Pak Mat Western tu, ada tunjuk sipi-sipi sikit.
"Tapi hari ini, anak-anak kalau keluar pergi bercuti, naik kapal terbang, pergi mall, memang kita bebas saja macam orang biasa.
"Kalau rezeki terserempak, you nampaklah dia orang. Macam tu lah,” tambahnya.

Menjaga privasi
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil.
Walaupun ada segelintir individu yang tidak menghormati privasi anak-anaknya, isteri kepada PU Riz memilih untuk menegur dengan cara yang baik dan sopan.
“Ada jugalah yang tak reti. Tapi kita cakap baik-baik, ‘Tolong jangan ambil gambar ya anak saya’. Contohnya baru bawa pergi main dekat tempat tu kan.
"Ada je yang ambil gambar senyap-senyap, jadi saya pun pergi cakap elok-elok supaya tidak ambil gambar dan minta mereka faham situasi itu,” ujarnya lagi

Bagi Neelofa, menjaga privasi anak-anak memberi ketenangan dan mengelakkan pandangan serta perbandingan daripada netizen.
“Sebenarnya saya happy bila macam tak expose sangat.
"Benda tu memberi ketenangan sebab orang tak payah komen, compare, tak payah nak cakap, ‘Eh kenapa macam tu, kenapa membesar macam ni
"Saya juga tak payah najk dengar kata-kata netizen di luar sana. Tunggulah anak-anak besar sikit baru tunjuk. kecil tak payahlah (Tunjuk)’,” kongsinya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
