MEMILIKI wajah awet muda merupakan impian semua terutamanya golongan wanita.

Sememangnya setiap wanita impikan kulit wajah yang cerah, licin dan segar serta tubuh badan yang ramping.

Iyalah, tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak serta membazir waktu untuk bersolek pastinya menjadi impian semua kan?

Sebenarnya untuk mendapat wajah yang awet muda dan jelita semula jadi tidaklah sukar, asalkan kita tahu cara dan langkah terbaik untuk tampil yakin dengan diri sendiri.

Pun begitu pemakanan yang berkhasiat adalah perkara yang paling penting untuk menjadikan kulit yang sihat.

Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini tujuh jenis buah-buahan termasuk kekacang yang terbukti dapat mengekalkan awet muda, antaranya;

1. Avocado

Ramai pencinta masker bahan semula jadi menggunakan avocado sebagai bahan utama. Ini kerana manfaat dan khasiat avocado memang banyak dan yang paling penting ia berkesan.

Avocado berupaya untuk melembabkan dan melembutkan kulit . Ini disebabkan oleh kandungan antioksidan di dalamnya.

Selain itu, ia masker avocado boleh membantu mencegah penuaan kerana kandungan vitamin C dan E di dalamnya.

Jerawat yang tumbuh di wajah adalah disebabkan oleh bakteria. Avocado pula mengandungi lauric acid yang memang terkenal dalam dunia kecantikan sebagai pembunuh jerawat.

Avocado mengandungi banyak lemak yang membantu menghaluskan kulit. Jadi, kalau nak kulit lembut, pastikan pakai masker avocado setiap malam ya!

Avocado juga membantu mencegah penyakit kulit sebab ada vitamin E yang merupakan nutrisi penting nak kekalkan kesihatan kulit dan boleh ia boleh mengubati kesan terbakar (sun burn).

Baca juga Air zamzam ‘the best’, ini 7 minuman terbaik di dunia

strawberi

2. Strawberi, blueberry, raspberi dan blackberry

Kumpulan buah beri adalah sumber vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan kolagen iaitu komponen yang boleh meningkatkan kelembapan kulit.

Makan blueberry, strawberi, raspberi dan beri hitam (blackberry) yang kaya dengan antioksidan dan vitamin C boleh menghalang proses penuaan, meningkatkan peredaran darah, membekalkan mineral dan garam serta menghalang pertumbuhan sel kanser.

3. Mangga

Mangga merupakan buah kegemaran kerana rasanya yang manis dan menyegarkan.

Namun begitu, pelbagai khasiat buah ini juga berfungsi untuk menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

Selain dimakan begitu sahaja, mangga juga boleh dijadikan masker untuk kulit yang cerah, mengurangkan garisan halus serta mengelakkan ditumbuhi jerawat.

Aduhai nikmatnya tembikai! Selain segar tinggi khasiatnya

4. Tembikai

Tembikai memiliki kandungan air yang tinggi, buah tembikai juga mengandungi kalsium, potasium, dan vitamin C, K dan E.

Segalanya ini diperlukan untuk membantu kulit agar mengekalkan kelembapan.

Iklan

Selain itu, ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan yang menghalang berlakunya kerosakan sel kulit.

5. Delima

Delima antara buah yang membantu kekalkan keanjalan kulit kerana kaya dengan vitamin C di mana ia menghasilkan kolagen untuk kulit yang sihat.

Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati dan mencegah kulit kusam. Hasilnya kulit segar dan muda.

6. Buah Tin (fig)

Buah tin kaya dengan pelbagai makronutrien dan mikronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Vitamin A dan C berfungsi sebagai antioksidan yang bertanggungjawab dalam mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV matahari dan juga menghasilkan kolagen, mengurangkan garis-garis halus untuk melambatkan proses penuaan dan kesan kulit awet muda.

Baca juga Kulit udang jangan buang, rupanya tinggi khasiat, baik untuk tulang, gigi

Kacang macademia, pistachio dan almond

Iklan

7. Kacang macademia, pistachio dan almond

Kacang almond adalah sumber vitamin E yang sangat baik dan dapat melindungi kulit khususnya dari kerosakan akibat sinar UV, memberikan kelembapan kulit dan membantu memperbaiki jaringan kulit.

Kacang pistachio mempunyai kandungan polifenol dan flavonoid yang tinggi, yang merupakan penyumbang penting kepada kesan antioksidan dan anti-radangnya. Ia membantu mengurangkan jerawat dan melindungi kulit daripada kerosakan sel.

Kacang macademia merupakan paling mahal di dunia. Kacang macadamia boleh menghalang penuaan pramatang kulit. Ini disebabkan oleh kehadiran sebatian anti-penuaan dalam kacang macadamia yang boleh mengurangkan risiko penuaan pramatang kulit. Jadi, dengan mengamalkan kacang macadamia secara teratur, kulit akan sentiasa kelihatan muda dan sihat.

Ternyata kacang macadamia mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan, selain menyihatkan jantung kulit juga sentiasa sihat dan muda.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI