Institut Kraf Negara cari belia untuk sertai pengajian bidang kraf, 5 kemudahan termasuk elaun ditawarkan!

BERITA baik bagi golongan belia yang minat dengan seni kraf!

Institut Kraf Negara kini mempelawa penyertaan golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Institut Kraf Negara hari ini, institut itu menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri.

“Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baru iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

“Antara program yang ditawarkan adalah program diploma selama tiga tahun dan program sijil selama dua tahun (kedua-dua penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor); SKM selama dua tahun (penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak),” menurut kenyataan itu.

Permohonan kini telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian serta sah sehingga 15 Jun 2021.

Antara kemudahan yang bakal diperoleh pelajar yang mengikuti program tersebut adalah seperti :

  • Pelajar akan menerima kemudahan asrama.
  • Alatan dan bahan bengkel disediakan.
  • Elaun sara hidup bulanan.
  • Makan dan minum disediakan.
  • Insurans perlindungan.

Sementara itu, pemohon yang berada di Sabah juga boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah).

Manakala pemohon di Sarawak boleh mendapatkannya di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak).

Antara kursus yang ditawarkan bagi program diploma dan sijil ialah Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan, dengan beberapa syarat kemasukan ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar, Institut Kraf Negara di talian 03-60915322, atau emel hep.ikn@kraftangan.gov.my serta WhatsApp www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

9 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

12 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

14 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

14 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

16 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

19 hours ago