Rawatan dan makanan percuma untuk haiwan yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights

KEBAKARAN paip gas di Putra Heights menyebabkan banyak harta benda penduduk setempat terjejas.
Sementara itu, mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di hospital sehingga ke hari ini.
Namun, lebih menyedihkan apabila haiwan peliharaan dan haiwan terbiar tidak dapat diselamatkan semasa pemiliknya melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.
Ada juga yang meninggalkan haiwan peliharaan mereka di rumah kerana pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.
Atas rasa tanggungjawab dan perikemanusiaan, Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) berkolaborasi dengan empat klinik veterinar di Subang Jaya untuk memberikan rawatan percuma kepada haiwan yang terkesan akibat kejadian ini.
Klinik veterinar yang terlibat ialah Ministre of Pets Veterinary Clinic, SubangVet SS14, Putra Heights Veterinary Clinic dan Faith Veterinary Clinic & Surgery.
Mereka juga menyediakan makanan percuma kepada kucing dan anjing di klinik masing-masing.

Pemilik haiwan peliharaan yang memerlukan bantuan boleh datang ke klinik mereka tanpa perlu membuat temu janji.
Semalam, pasukan sukarelawan SAFM dengan bantuan pihak berwajib berjaya menyelamatkan 12 ekor kucing, dua ekor ular peliharaan dan seekor anjing.
Walau bagaimanapun, pencarian yang dilakukan perlu dihentikan dan akan disambung semula hari ini.
Orang ramai yang ternampak mana-mana haiwan yang terjejas akibat kebakaran ini boleh menghubungi talian kecemasan SAFM di 013-7066770.
Semoga lebih banyak haiwan dapat diselamatkan dan ditempatkan di kawasan perlindungan yang sesuai.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang