5 amalan sunat bulan Muharam, Ustazah Asma' kongsi kelebihan puasa hari tasua & hari asyura. 'Dosa setahun yang berlalu diampunkan'

No Image Caption
A
A
A

 

SELAIN menyambut Awal Muharam pada setiap awal tahun hijriah, umat Islam digalakkan agar tidak lupa bahawa dalam bulan Muharram juga terdapat sunnah yang sering dilupakan iaitu berpuasa pada hari kesepuluh.

Justeru wanita, ambil peluang ini untuk menggandakan amalan dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi lanjut berkaitan puasa dan amalan terbaik selepas bulan Ramadan pada bulan Muharam.

"Sahabat semua, kita sudah di dalam bulan mulia Muharam. Masih belum terlambat untuk azam, tekad banyakkan amal ibadah dan amal soleh di dalam bulan ini.

No Image Caption

"Tekad banyakkan amal Ibadah dan amal soleh di dalam bulan ini.

"Boleh mula ingatkan anak-anak, keluarga dan sahabat semua. Moga bulan ini menjadi permulaan baik untuk kita istiqamah beramal soleh kerana-NYA," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Berikut dikongsikan cadangan lima amalan dalam bulan Muharam, tarikh-tarikh penting dan fadilat beramal.

1. MEMPERBANYAKKAN PUASA SUNAT

a)PUASA SUNAT TASUA

9 Muharam 1447H: 5 Julai 2025, Sabtu

Puasa tasua berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis'ah) yang bermaksud sembilan. Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharram).”

(HR Muslim, hadis sahih)

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasua

نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari tasua pada hari esok kerana ALLAH Taala”.

No Image Caption

b)PUASA SUNAT ASYURA

10 Muharram 1447H: 6 Julai 2025, Ahad

Lafaz Niat Puasa Asyura

نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari asyura pada besok hari kerana ALLAH Taala”.

NABI SAW SENTIASA MENGEJAR UNTUK BERAMAL DALAM BULAN MUHARAM

Daripada Ibn Abbas RA apabila ditanyakan mengenai puasa asyura, beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ

Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari asyura” (HR al-Bukhari, hadis sahih)

PUASA SUNAT HARI ASYURA DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LALU

Daripada Abu Qatadah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa asyura, maka kata Baginda SAW:

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Aku berharap ke atas ALLAH agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.” (HR Muslim, hadis sahih)

c)PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

13, 14 & 15 Muharam 1447H (9, 10,11 Julai 2025)

NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana ALLAH taala.”

PUASA HARI PUTIH UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)

No Image Caption

2.BERZIKIR

Firman ALLAHSWT:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Maksudnya: “Cukuplah ALLAH tempat berserah diri bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Surah Ali-Imran: 173, Surah Al Hajj: 78)

3.BERSEDEKAH

No Image Caption

Daripada Abu Umamah al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda:

صَنَائِعُ الْمَعْرُوفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ، وَصَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ، وَصِلَةُ الرَّحِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمْر

Maksudnya: “Orang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.”

(HR al-Thabarani, hadis hasan)

4. BERUSAHA MENYENANGKAN AHLI KELUARGA

Daripada ِAbu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ فِي النَّفَقَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ

Maksudnya: "Siapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya selama setahun.

(HR al-Baihaqi)

No Image Caption

5. BERUSAHA MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

أَنَّ رَجُلاً شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ امْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ وَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ.

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Nabi SAW bersabda: “Usaplah akan kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin.” (HR Ahmad)

Semoga panduan yang diberikan ini membantu dalam menerapkan amalan yang disunatkan dalam mencari keredaan ALLAH SWT.

Sumber: Ustazah Asma' Harun

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang